Kalau Anda pemilik akaun bank CIMB dan perlu menghantar wang ke akaun bank lain macam Maybank, RHB Bank, BSN, tapi tidak tahu langkah-langkahnya, Anda jangan risau ye. Sebab proses pindahan wang antara akaun bank sebenarnya sangat mudah.
Dalam artikel ini, kami akan kongsikan dengan Anda cara-cara yang mudah untuk transfer duit dari CIMB ke bank lain.
Sebelum tu pertama sekali, Anda perlu pastikan bahawa Anda mempunyai akaun CIMB yang aktif dan mempunyai baki wang yang mencukupi dalam akaun CIMB Anda.
Pastikan juga Anda mempunyai butiran lengkap mengenai akaun penerima termasuk nama bank, nama pemilik akaun, dan nombor akaun.
Cara Transfer Duit Dari CIMB ke Bank Lain Secara Online
Di bawah ini adalah step cara transfer duit dari CIMB ke bank lain menggunakan portal CIMB Click, langkah-langkahnya akan dijelaskan secara lengkap sehingga Anda tidak akan menghadapi kesukaran lagi dalam melakukan transaksi.
- Sila login akaun CIMBclick Anda dengan memasukan Username
- Lalu masukkan Password Anda.
- Kemudian sila klik Login.
- Sila klik Pay & Transfer pada menu sebelah kiri.
- Kemudian Pilih menu dan klik Transfer Money.
- Pada bahagian To sila masukkan nombor akaun bank yang Anda mahu transfer.
- Jika terdapat kata proceed. Anda perlu klik proceed.
- Pada bahagian Please select transfer type, sila klik Withis CIMB Bank jika Anda mahu transfer sesama akaun CIMB.
- Sila klik To Other Bank jika Anda mahu transfer dari CIMB ke bank lain.
- Jika Anda memilih To Other Bank, ianya akan memaparkan menu tambahan iaitu Select Bank.
- Pada menu Select Transfer Method pula, sila pilih Instant Transfer untuk memilih kaedah pembayaran yang cepat.
- Biasanya akan dikenakan sedikit caj transfer ke bank lain.
- Pada menu Select Payment Type sila klik dan pilih Funds Transfer.
- Pada menu Amount & When sila masukkan nilai duit yang mahu Anda transfer.
- Pada menu Transaction Instruction terdapat menu kecil iaitu Enter Recipient Reference.
- Sila tuliskan apa apa note kecil. Contohnya transfer ke Maybank dan sebagainya.
- Last sekali sila klik Transfer Money.
- Pada paparan ini, Anda akan diminta klik Request TAC. Sila klik dan dapatkan nombor TAC.
- Anda akan menerima nombor TAC melalui SMS.
- Sila masukkan nombor TAC pada ruangan Enter TAC tersebut dan sila klik Confirm untuk sah kan.
- Ianya akan memaparkan Successful sebagai tanda yang proses permindahan duit Anda telah berjaya.
Kalau Anda perlukan resit ataupun bukti transaksi, Anda boleh cetak penyata CIMB secara online.
Selain cara diatas, masih ada beberapa cara pemindahan wang dari CIMB ke bank lain.
Cawangan CIMB
Cara di bawah ni adalah cara yang biasa, Anda hanya perlu lakukan step berikut:
- Kunjungi cawangan CIMB terdekat.
- Ambil nombor giliran dan buat permohonan untuk melakukan pindahan wang.
- Berikan butiran akaun penerima kepada pegawai bank dan pastikan ia betul.
- Selesaikan proses pengesahan dan tunggu sehingga transaksi selesai dilakukan.
Melalui mesin ATM CIMB
Sila kunjungi mesin ATM CIMB yang berdekatan lepas tu ikuti step ni ye:
- Masukkan kad ATM CIMB dan PIN ATM Anda.
- Pilih menu Fund Transfer atau Pemindahan/Transfer.
- Pilih jenis akaun bank penerima dan masukkan butiran akaun penerima.
- Masukkan jumlah wang yang ingin dipindahkan dan pastikan butiran akaun adalah betul.
- Setelah proses pengesahan selesai, transaksi akan dilakukan.
Aplikasi CIMB Clicks
Sekiranya Anda mempunyai aplikasi CIMB Click di telefon, Anda boleh gunakan cara ni:
- Muat turun aplikasi CIMB Clicks dan log masuk ke akaun Anda.
- Pilih menu Transfers dan klik To Other Banks.
- Masukkan butiran akaun penerima termasuk nama bank, nama pemilik akaun, dan nombor akaun.
- Sila pilih ciri Instant Transfer, agar wang yang Anda hantar boleh terus masuk ke akaun penerima.
- Masukkan jumlah wang yang ingin dipindahkan dan pastikan butiran akaun adalah betul.
- Setelah proses pengesahan selesai, transaksi akan dilakukan.
Itulah beberapa cara mudah untuk transfer duit CIMB ke bank lain. Pilihan cara yang digunakan bergantung kepada keperluan dan keselesaan Anda. Pastikan bahawa Anda memasukkan butiran akaun yang betul untuk mengelakkan sebarang masalah atau kelewatan dalam proses pindahan wang.