Bank Simpanan Nasional (BSN) selalu memberikan kemudahan bagi para pelanggannya. Salah perkhidmatan yang sentiasa membantu usahawan untuk menyokong perniagaan iaitu pinjaman mikro BSN.
Pinjaman mikro BSN atau BSN micro PEMERKASA menawarkan kemudahan pinjaman mikro untuk memberi bantuan dan menyokong pemulihan perniagaan mikro di Malaysia.
Anda sebagai usahawan boleh memohon pinjaman sehingga RM50,000 untuk tujuan modal kerja dan pembelian aset.
Sekiranya berminat dengan pinjaman tersebut, Anda boleh memohon pinjaman tersebut secara online.
Pinjaman Mikro BSN
BSN Micro PEMERKASA merupakan salah satu inisiatif di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA).
Ciri-ciri pinjaman perniagaan BSN:
- Amaun pinjaman: Sehingga RM50,000.
- Tujuan pinjaman: Modal kerja dan pembelian aset.
- Tempoh pinjaman: Sehingga 5.5 tahun termasuk 6 bulan pertama moratorium ke atas pembayaran ansuran bulanan-bulanan.
1. Dokumen
Berikut beberapa dokumen yang diperlukan sebelum memohon pinjaman mikro BSN:
- Salinan Kad Pengenalan Pemilik Tunggal/ Rakan Kongsi/ semua Pengarah/ Pemegang Saham/ Penjamin (jika berkenaan).
- Penyata Akaun Bank untuk tiga (3) bulan terkini.
- Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/ Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah.
- Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank.
2. Kelayakan
Adapun kelayakan yang ditetapkan oleh Bank BSN untuk pinjaman Mikro BSN iaitu:
- Perniagaan mesti dimiliki oleh Warganegara Malaysia.
- Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan.
- Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
- Perusahaan mikro (Milikan Tunggal/ Perkongsian/ Syarikat Sdn. Bhd) yang di dalam proses pemulihan perniagaan akibat wabak COVID-19.
- Bukan pelanggan sedia ada BSN Micro-i Penjana Tourism Financing (PTF).
3. Jenis Sektor Perniagaan
Ada 3 jenis sektor perniagaan yang layak untuk memohon BSN Micro iaitu:
- Perkhidmatan.
- Pembuatan.
- Peruncitan dan pemborongan.
4. Jumlah Pinjaman/Pembiayaan
Pinjaman mikro BSN menawarkan jumlah pembiayaan iaitu antara RM5,000 hingga RM 50,000.
5. Tempoh Pembiayaan
Tempoh pinjaman/pembiayaan adalah antara 1 hingga 5,5 tahun termasuk 6 bulan moratorium (rehat bayaran) bagi pembayaran ansuran bulanan.
6. Kadar Faedah
- BSN Micro TemaNiaga & BSN Micro TemanMesra
Kadar Faedah*: Serendah 6.38% setahun
- PKBC
Kadar Faedah: 4.00% setahun - Automation and Digitalisation Facility (ADF)
Kadar Faedah: 4.00% setahun - Agrofood Facility (AF)
Kadar Faedah: 3.75% setahun - Targeted Relief and Recovery Facility (TRRF)
Kadar Faedah: 3.50% setahun
Nota: *Kadar Faedah individu berbeza mengikut penilaian kredit BSN.
7. Kadar Keuntungan
Kadar keuntungan jika Anda memohon pinjaman mikro BSN iaitu 3.00% setahun.
8. Tujuan Pinjaman
- Pembelian Aset
- Modal Kerja
9. Fi dan Caj
Berikut fi dan caj pinjaman Micro BSN:
Fi dan Caj | Amaun |
---|---|
Duti Setem | Seperti yang termaktub dalam Akta Setem 1949 (Pindaan 1989) |
Insurans/Takaful (pilihan) | Berubah berdasarkan umur, tempoh & jumlah pinjaman/pembiayaan. |
Yuran Guaman yang Berkaitan dengan Dokumen Sekuriti | Semua yuran guaman dan perbelanjaan sampingan yang berkaitan penyediaan dokumen sekuriti kemudahan pembiayaan. |
Cara Memohon Pinjaman Mikro BSN
Jika Anda sudah membaca syarat di atas, sila ikuti langkah-langkah memohon pinjaman mikro BSN:
- Lawati pautan rasmi BSN Micro Financing.
- Preferred Processing State : Pilih lokasi negeri untuk pemprosesan pembiayaan berdasarkan lokasi/alamat perniagaan.)
- Preferred Processing Branch : Pilih lokasi cawangan Mikro untuk pemprosesan pembiayaan berdasarkan lokasi/alamat perniagaan.)
- Business Reg. / Company Reg. / License / Permit No : Isi maklumat berdasarkan pendaftaran SSM/Lesen/Badan Professional.
- Loan Amount : Isikan Amaun Pembiayaan yang Anda inginkan.
- Company Registration / Incorporation Date : Pilih tarikh pendaftaran
- Annual Sales Turnover RM & On Date : Isi perolehan jualan tahunan dan tarikh.
- No. of Fulltime Employees & On Date : Isi bilangan pekerja sepenuh masa/tetap dan tarikh (penzahiran).
- Product Type : Pilih jenis produk
- Tenure : Pilih temph pembiayaan. Tekan ikon sebelah kanan untuk paparan penerangan.
- Financing Purposes : Pilih tujuan pembiayaan.
- BSN GIRO/i Company Account : Masukkan no. account Giro/i, korporat (jika ada).
- Source of Information : Pilih sumber maklumat pembiayaan diperolehi.
- Business / Company Name : Isi nama perniagaan/syarikat.
- Business / Registered / Correspondence Address : Isi alamat perniagaan (2 baris pertama wajib di isi).
- City : Pilih bandar.
- State : Pilih negeri.
- Postcode : Isi poskod
- Telephone No : Isi nombor telefon perniagaan.
- E-mail : Isi alamat e-mel perniagaan (jika ada).
- Current Business : Pilih jenis premis perniagaan.
- Malaysian Owned / Controlled : Pilih YA jika perniagaan dimiliki/dikawal oleh warganegara.
- Date of Business Commencement : Pilih tarikh perniagaan mula beroperasi.
- Business Constitution : Pilih jenis konstitusi perniagaan yang didaftarkan.
- Nature of Business : Pilih bidang perniagaan yang dijalankan.
- If you were introduced by BSN employee, please provide the name : Masukkan nama kakitangan.
- Title : Pilih gelaran yang sesuai.
- Name : Isi nama untuk dihubungi.
- Office Phone No : Isi nama untuk dihubungi.
- Mobile Phone No : Isi no. telefon bimbit.
- Position : Isi jawatan semasa.
- Email : Isi alamat emel (jika ada).
- Title : Pilih panggilan yang sesuai.
- Name (as per NRIC/Passport) : Isi nama pemilik/ rakan kongsi/pengarah/pemegang saham.
- ID-Type : Pilih jenis dokumen pengenalan.
- ID No : Isi No. Kad Pengenalan / No. Passport.
- Shareholding RM (%) : Isi peratusan pemilikan/pegangan saham.
- Select the Relevant : Pilih jenis individu yang sesuai.
- Age : Umur dipaparkan secara auto.
- Gender : Pilih jantina.
- Nationality : Pilih warganegara.
- Race : Pilih bangsa.
- Marital Status : Pilih status perkahwinan
- Academic Qualification : Pilih tahap pendidikan.
- Telephone No : Isi nombor telefon
- Mobile No : Isi no. telefon bimbit.
- E-Mail : Isi alamat email (jika ada).
- Monthly Gross Income : Isi pendapatan kasar bulanan.
- Permanent Address : si alamat tetap/tempat tinggal (2 baris pertama wajib di isi).
- Postcode : isi poskod
- City : Isi bandar.
- State : Pilih negeri.
- Country : Pilih negara.
- Residental Type : Pilih jenis kediaman
- Correspondence Address : Isi alamat surat menyurat jika berbeza dari alamat tetap (Ruang ini adalah pilihan).
- Add Business Partner : Tekan butang ‘Add Business Partner’ untuk simpan data dan jadual ringkasan akan dipaparkan (seperti contoh).
- Declaration for connected party : Tandakan perakuan penzahiran yang berkenaan (seperti contoh dalam kotak merah). Sekiranya mempunyai hubungan dengan kakitangan BSN, isi maklumat pada ruangan.
- Declaration for Personal Data Protection : Tandakan perakuan penzahiran yang berkenaan.
- Document upload : rowse dan pilih dokumen yang akan dimuatnaik. Tekan validate untuk memuatnaik dokumen. Saiz dokumen yang dibenarkan ialah 10MB.
- Submit Application : Tekan butang Submit Application untuk menghantar permohonan.
- Download Transmittal Report : Tekan butang untuk menjana laporan penghantaran permohonan.
- Download Application Form : Tekan butang untuk menjana paparan borang permohonan dalam format PDF.
- Download Declaration Form : Tekan butang untuk menjana borang perakuan dalam format PDF.
Jika Anda mahu, Anda boleh cuba mohon pinjaman TEKUN untuk perniagaan yang menawarkan pinjaman niaga sehingga RM100,000.
Untuk maklumat lanjut berkaitan dan sebarang pertanyaan, Anda boleh kunjungi cawangan BSN terdekat atau boleh hubungi Customer Service BSN 1300-88-1900 atau layari https://www.bsn.com.my.