Bank Rakyat memberi kemudahan pinjaman peribadi untuk sektor Swasta, iaitu pinjaman peribadi Sektor Swasta (Pinjaman Peribadi-i Sektor Swasta)
Pinjaman ini menawarkan pembiayaan sehingga RM150,000 dan tiada jaminan diperlukan. Untuk memohon pinjaman ini, Anda hanya perlu penuhi syarat yang diberikan oleh Bank Rakyat.
Sekiranya Anda berminat dan mahu memohon pinjaman peribadi Bank Rakyat, sila ikuti cara berikut.
Pinjaman Peribadi Bank Rakyat Sektor Swasta
Pinjaman peribadi dari Bank Rakyat ini menggunakan sistem/konsep tawwaruq, dengan ciri-ciri:
- Amaun pembiayaan sehingga RM150,000
- Tiada jaminan diperlukan
- Perlindungan takaful atas pilihan pelanggan
- Tempoh pembiayaan:
PENDAPATAN KASAR | TEMPOH PEMBIAYAAN | TEMPOH PEMBIAYAAN |
---|---|---|
PENDAPATAN KASAR | PERMOHONAN BARU | PERMOHONAN BERULANG |
RM2,000 – RM 3,000 | 5 Tahun | 10 Tahun |
RM3,001 dan ke atas | 10 tahun | 10 Tahun |
1. Dokumen
Berikut dokumen yang diperlukan untuk memohon pinjaman peribadi Bank Rakyat Sektor Swasta:
Dokumen Yang Diperlukan | Permohonan Baru | Permohonan Berulang |
---|---|---|
Salinan MyKad | √ | √ |
Slip Gaji untuk 3 bulan terakhir | √ | √ |
Penyata Bank untuk 3 bulan terakhir (pengkreditan gaji) | √ | |
Penyata KWSP | √ | √ |
Dan sekurang-kurangnya satu daripada berikut: Surat Pengesahan Majikan / Borang EA / Slip Pengesahan Penerimaan e-B oleh LHDN | √ | √ |
2. Kelayakan
Berikut senarai kelayakan sebelum memohon pinjaman peribadi sektor swasta:
- Warganegara Malaysia
- Berumur minimum 18 tahun dan maksimum 60 tahun semasa tamat tempoh pembiayaan
- Gaji kasar minimum termasuk elaun tetap adalah seperti berikut:
- Berjawatan tetap RM2,000 dan keatas
- Berjawatan kontrak RM8,000 dan keatas
3. Kelayakan Pembiayaan
Di bawah ini senarai kelayakan pembiayaan:
Cara Bayaran Ansuran | Pendapatan | Kelayakan |
---|---|---|
Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA) | RM 2,000 - RM 4,000 | 15 kali gaji kasar sebulan |
Potongan Gaji Majikan (PGM) | RM 4,0001 - RM 6,000 | 20 kali gaji kasar sebulan |
Pindahan Gaji Ke Bank Rakyat | Melebihi RM 6,000 | 25 kali gaji kasar sebulan |
Pembayaran Secara Elektronik | RM1,000 - RM 5,000 | 5 kali gaji kasar sebulan |
Pembayaran Secara Elektronik | RM 5,001 - RM 10,000 | 8 kali gaji kasar sebulan |
Pembayaran Secara Elektronik | Melebihi RM 10,000 | 10 kali gaji kasar sebulan |
4. Kadar Pembiayaan
Kadar Terapung
Maklumat yang mesti Anda ketahui mengenai kadar terapung iaitu, kadar terapung mempunyai kadar keuntungan sebanyak 1.5% atas kadar keuntungan semasa untuk pembiayaan tanpa takaful. Kadar asas (KA) semasa ialah 2.60% dan Kadar Syiling + efektif + 4.00%
Cara Bayaran | Tempoh | Kadar Keuntungan |
---|---|---|
Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA) | Sehingga 1 Tahun | KA + 5.37% |
Potongan Gaji Majikan (PGM) | Melebihi 1 Tahun - Sehingga 5 Tahun | KA + 5.62% |
Pindahan Gaji Ke Bank Rakyat | Melebihi 5 Tahun - 10 Tahun | KA + 5.77% |
Pembayaran Secara Elektronik | Sehingga 1 Tahun | KA+ 7.37% |
Pembayaran Secara Elektronik | Melebihi 1 Tahun - Sehingga 5 Tahun | KA+ 7.62% |
Pembayaran Secara Elektronik | Melebihi 5 Tahun - 10 Tahun | KA + 7.77% |
5. Fi dan Caj
Adapun senarai Fi dan Caj sebelum memohon pinjaman peribadi sektor swasta iaitu:
TRANSAKSI | CAJ |
---|---|
Fi Wakalah atau Agensi | Fi Wakalah atau agensi berjumlah RM28.30 termasuk Yuran Broker. |
Duti Setem | 0.5% dari jumlah pembiayaan seperti yang terkandung dalam Akta Duti Setem 1949. |
Caj ganti rugi (Ta`widh) kerana bayaran lewat | Ketika tempoh pembiayaan: 1% setahun ke atas jumlah bayaran bulanan tertunggak |
Caj ganti rugi (Ta`widh) kerana bayaran lewat | Selepas tamat tempoh pembiayaan: Tidak melebihi kadar semalaman semasa Pasaran wang Antara Bank Islam ke atas baki tertunggak. |
Yuran Penyelesaian Awal | Rebat (Ibra') akan diberikan ke atas keuntungan tertangguh / belum terakru |
6. Jadual Pembayaran
Pembiayaan Peribadi-i Swasta Kadar Terapung BPA/PGM/Pindahan Gaji
- Kadar Asas (KA) bersamaan dengan 2.60%
- Tambahan kadar keuntungan sebanyak 1.50% atas kadar keuntungan semasa untuk pembiayaan tanpa takaful
- Tertakluk kepada Terma dan syarat
Pembiayaan Peribadi-i Swasta Kadar Terapung Pembayaran Secara Elektronik
- Kadar Asas (KA) bersamaan dengan 2.60% setahun
- Tambahan kadar keuntungan sebanyak 1.50% atas kadar keuntungan semasa untuk pembayaran tanpa takaful
- Tertakluk kepada Terma dan Syarat
Cara Mohon Pinjaman Peribadi Sektor Swasta Online
Setelah Anda mengetahui senarai syarat dan dokumen yang diperlukan untuk memohon pinjaman peribadi sektor swasta dari Bank Rakyat, sekarang Anda boleh ikuti langkah di bawah ini untuk mohon pinjaman melalui online.
- Lawati pautan rasmi di sini.
- Klik Mohon Sekarang.
- Sila pilih salah satu Produk Pilihan, beri tanda √
- Pilih Salutation (Encik, Puan, Cik)
- Masukkan Nama dan No Handphone Anda.
- Masukkan Email yang Anda gunakan.
- Pilih Pelanggan Sedia Ada Bank Rakyat. (Ya/Tidak)
- Pilih Adakah Anda ingin menerima sebarang promosi/tawaran. (Ya/Tidak)
- Tandakan Saya telah membaca dan bersetuju dengan Dasar Privasi Bank Rakyat.
- Tick, i’m not a robot.
- Klik Hantar.
- Pegawai bank akan menghubungi Anda.
Sekiranya Anda mempunyai sebarang pertanyaan, Anda boleh hubungi pusat panggilan tele-Rakyat di nombor 1-300-80-5454 atau sila kunjungi cawangan Bank Rakyat berdekatan.