Semakan Baki Pinjaman Bank Rakyat
Semakan Baki Pinjaman Bank Rakyat

Semak Baki Pinjaman Bank Rakyat Online, Telefon, Cawangan

Posted on

Nak tahu camne nak semak baki pinjaman kat Bank Rakyat? Memanglah, seringkali bila dah amik pinjaman, kita mesti nak pastikan baki pinjaman tu betul-betul kena dengan apa yang kita bayar.

Tak nak la tercengang bila tiba-tiba duit dalam akaun dah makin kurang tapi tak tahu pun sebabnya.

Berlaku kat kita ke, berlaku kat kawan-kawan kita ke, tak kira la. Tak payah risau, sebab kami akan tunjukkan cara senang nak semak baki pinjaman kat Bank Rakyat ni.

Cara Check Baki Pinjaman Bank Rakyat Online

Sila daftar Bank Rakyat online banking terlebih dahulu jika Anda belum mempunyai akaun Bank Rakyat online banking. Sekiranya sudah mempunyai akaun Bank Rakyat online dapat ikuti langkah-langkah di bawah ini.

  1. Lawati laman web https://www.irakyat.com.my
  2. Masukkan Username dan Kata Laluan Anda.
  3. Pilih menu Accounts Info > Loan & Financing
  4. Maklumat baki pinjaman Anda akan tertera.

Lupa username dan password iRakyat? Tak perlu risau, sila baca artikel macam mana jika lupa username dan password Bank Rakyat.

Semak Baki Pinjaman Bank Rakyat via tele-Rakyat

Selain Anda semak baki pinjaman melalui online, Anda boleh gunakan cara lain iaitu melalui perkhidmatan tele-Rakyat, sila Anda hubungi tele-Rakyat di talian 1-300-80-5454.

Bank Rakyat akan bertanya maklumat peribadi Anda seperti no kad pengenalan dan no contract pinjaman untuk proses pengesahan.

Selepas itu Bank Rakyat akan memberitahu jumlah baki pinjaman Anda.

Check Baki Pinjaman Bank Rakyat Melalui Cawangan

Kalau Anda jenis suka jumpa orang, boleh je pergi ke cawangan Bank Rakyat terdekat.

  1. Sila pergi ke mana-mana cawangan Bank Rakyat dengan membawa IC/kad pengenalan dan buku bank (optional).
  2. Bagitahu kepada pegawai bank bahawa Anda ingin mengetahui maklumat baki pinjaman Bank Rakyat.
  3. Pegawai bank akan memberikan detail baki pinjaman Anda.

Jadi, tak payah pening-pening kepala nak semak baki pinjaman kat Bank Rakyat. Online, telefon, atau pun pergi cawangan, semua ada jalan.

Jangan malu nak tanya, sebab kesilapan sikit-sikit pun boleh membawa kepada masalah besar. Betul tak?