Semak Nombor Pinjaman PTPTN
Semak Nombor Pinjaman PTPTN

Semak No Pinjaman PTPTN

Posted on

Saya lupa nombor pinjaman PTPTN, apa perlu buat untuk dapatkan semula nombor PTPTN?

Ramai yang terlupa no pinjaman PTPTN sehingga tak boleh buat semakan baki pinjaman atau bayaran balik. Tapi tenang sahaja, kami akan kongsi cara mudah dapatkan semula no akaun pinjaman PTPTN secara online.

Cara Check Nombor Pinjaman PTPTN Online

Jika Anda menggunakan cara ini, Anda dapat ketahui informasi No PTPTN secara cepat dan jimat masa. Pertama sekali sila gunakan handphone atau laptop untuk log masuk PTPTN online.

  1. Lawati pautan rasmi PTPTN https://www.ptptn.gov.my/ionline
  2. Login menggunakan akaun PTPTN online Anda.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan dan Kata Laluan Anda. Semak No Pinjaman PTPTN
  4. Selepas Login, Anda perlu mencari dan klik Penyata Baki.
  5. Seterusnya, klik Pendaftaran Untuk Direct Debit.
  6. Klik Permohonan Baru dan klik Mohon. Cara Check Nombor Pinjaman PTPTN Online
  7. Klik Mohon, informasi pinjaman Anda akan tertera pada skrin termasuk nombor pinjaman PTPTN Anda.

Semak Nombor Pinjaman PTPTN Melalui Telefon

Adakah cara lain yang boleh saya gunakan selain melalui online? Tentu sahaja ada, Anda boleh menghubungi Careline PTPTN di talian 03-2193 3000.

Nombor ini memang tersedia di portal PTPTN untuk mudah dirujuk oleh para peminjam. Anda hanya perlu menghubungi dan menyatakan maklumat yang diminta untuk pegawai PTPTN buat semakan nombor pinjaman Anda.

Lupa Kata Laluan PTPTN Online

Saya lupa password PTPTN online, apa perlu buat? Jika Anda lupa kata laluan PTPTN, Anda boleh ikuti langkah di bawah ini guna dapatkan semula password Anda.

  1. Buka pautan https://www.ptptn.gov.my/ionline
  2. Klik Terlupa Kata Laluan Lupa Kata Laluan PTPTN Online
  3. Masukkan No. Kad Pengenalan
  4. Klik I’m not a robot.
  5. Klik butang Teruskan.
  6. Kemudian ikuti langkah seterusnya yang diberikan oleh pihak PTPTN.

Setelah Anda berjaya dapatkan akses masuk portal PTPTN, sila semak baki pinjaman PTPTN online untuk mengetahui baki pinjaman terkini.

Tak Boleh Login PTPTN?

Anda tak perlu bingung, kerana Customer Service Careline PTPTN disediakan untuk membantu para pelanggan. Berikut cara-cara menggunakan perkhidmatan careline PTPTN iaitu:

  1. Sila hubungi careline PTPTN pada 0321933000
  2. Setelah Anda tersambung pada careline PTPTN, Anda perlu memaklumkan bahawa Anda ingin mendapatkan nombor pinjaman PTPTN Anda.
  3. Anda akan ditanya beberapa soalan seperti no kad pengenalan sebagai bukti pengesahan bahawa Anda adalah pemilik akaun tersebut.
  4. Setelah Anda disahkan sebagai pemilik, nombor pinjaman PTPTN Anda akan diberitahu oleh pegawai PTPTN.

Itulah cara check nombor pinjaman PTPTN, semoga maklumat yang kami kongsi dapat bermanfaat untuk Anda.