Cara Tukar Kad Maybank Online
Cara Tukar Kad Maybank Online

Cara Tukar Kad Maybank Online, Kiosk dan Cawangan

Posted on

Kad debit Maybank Anda hilang, expired atau rosak, dan sekarang Anda tengah pening kepala fikir macam mana nak tukar kad baru?

Maybank menyediakan beberapa cara untuk tukar kad debit Anda dengan lancar, tanpa perlu tunggu lama.

Anda boleh pilih untuk tukar kad melalui Maybank2u secara online, pergi ke cawangan Maybank, atau guna kiosk yang disediakan di cawangan terpilih.

Cara Tukar Kad Maybank Online Melalui Maybank2u

Okay, kalau Anda nak tukar kad debit secara online, ikut je langkah-langkah ni:

  1. Buka laman web Maybank2u dan log masuk ke akaun Anda.
  2. Lepas log masuk, klik kat bahagian SETTINGS dan pilih CARDS.
  3. Dalam menu Manage Debit Cards, cari Debit Card – Replace, Activate & Block dan klik Replace Card.
  4. Ikut je arahan yang ada kat skrin dan selepas isi semua maklumat, klik Submit.

Kad debit baru Anda akan sampai dalam masa sembilan (9) hari bekerja untuk alamat kat Malaysia dan tiga puluh (30) hari bekerja untuk alamat kat luar negara.

Jenis Kad Debit Maybank

Semua kad debit Maybank boleh tukar melalui Maybank2u kecuali kad-kad ni:

  • Maybank FC Barcelona Visa Debit Card
  • Maybank Visa Debit Picture Card
  • Maybank Premier Visa Debit Card

Dokumen Untuk Menukar Kad Debit di Cawangan

Kalau Anda nak tukar kad debit kat cawangan Maybank, jangan lupa bawa dokumen ni:

  • MyKad asal
  • Kad debit lama

Untuk pengetahuan Anda, ada yuran RM12 untuk penggantian kad debit. Tapi, kalau pembaharuan kad debit, percuma je.

  1. Pertama sekali, cari cawangan Maybank yang paling dekat dengan Anda. Anda boleh guna Google Maps atau laman web rasmi Maybank untuk semak lokasi.
  2. Setibanya di cawangan, terus pergi ke kaunter perkhidmatan pelanggan. Ambil nombor giliran kalau diperlukan dan tunggu sekejap sampai nombor Anda dipanggil.
  3. Bila sampai giliran Anda, bagitahu staf yang Anda nak tukar kad debit. Staf akan minta MyKad dan kad debit lama untuk proses pengesahan.
  4. Staf akan semak maklumat Anda dan buat penggantian kad. Biasanya, proses ni tak ambil masa lama.
  5. Anda perlu bayar yuran penggantian kad sebanyak RM12.
  6. Lepas semua urusan selesai, staf akan bagi kad debit baru kat Anda. Pastikan Anda semak maklumat pada kad baru tu betul sebelum tinggalkan kaunter.

Anda juga boleh tukar PIN kad ATM Maybank di cawangan.

Cara Tukar Kad Maybank Guna Kiosk

Kalau Anda nak tukar kad debit kat kiosk, ini cara-caranya:

  1. Pastikan Anda bawa MyKad dan kad debit lama.
  2. Pergi ke cawangan Maybank yang ada Kiosk Kad Debit.
  3. Pergi ke Kiosk Kad Debit di bahagian ATM. Pilih Bahasa > Masukkan kad debit lama > Masukkan no. pin kad ATM 6 digit.
  4. Pilih jenis atau corak kad baharu yang Anda nak.
  5. Masukkan IC MyKad dalam mesin dan imbas cap jari kat mesin kiosk tu.
  6. Tunggu sekejap untuk mesin proses maklumat.
  7. Ambil kad debit baharu yang akan keluar dan dah diaktifkan. Anda boleh pilih untuk cetak resit transaksi kalau nak.

Cara Aktifkan Kad Debit Pengganti

Lepas dapat kad debit pengganti, Anda boleh aktifkan melalui cara ni:

Maybank2u

  1. Log masuk ke laman web Maybank2u
  2. Pergi ke Settings > CARDS > Manage Debit Cards > Activate.

Mesin ATM Maybank

  1. Masukkan kad kemudian Pilih Bahasa.
  2. Masukkan PIN Anda.
  3. Pilih Transaksi Lain.
  4. Pilih Perkhidmatan Lain.
  5. Pilih Skrin Seterusnya.
  6. Piluh Pengaktifan Kad.

Senang je kan nak tukar kad debit Maybank sekarang ni? Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *