Cara Tukar No PIN Kad ATM Maybank
Cara Tukar No PIN Kad ATM Maybank

Cara Tukar No PIN Kad Bank Maybank Online dan ATM

Posted on

Tukar no PIN kad bank Maybank, bukanlah satu perkara yang mudah bagi ramai orang. Kadang-kadang kita terlupa atau mungkin disebabkan kesilapan teknikal atau pun mungkin juga kerana keselamatan.

Masalahnya, kadang-kadang proses untuk tukar 6 digit no PIN ni boleh jadi lebih rumit daripada yang kita bayangkan. Dah la nak pergi ke bank kadang-kadang menyusahkan, kalau tak sempat ke bank lagi la menyusahkan.

Lagi pun, sekarang ni kan zaman teknologi canggih, kita harapkan ada cara yang lebih pantas untuk buat perkara macam ni.

Nak selesaikan masalah ni, Maybank sebenarnya dah ada cara yang lebih mudah. Anda boleh buat kat mesin ATM atau pun online banking. Tapi, ramai yang tak tahu.

Cara Tukar No PIN Kad ATM Melalui Maybank2u

Anda boleh menukar PIN ATM Maybank melalui Maybank2u, sila ikuti cara di bawah.

  1. Lawati pautan rasmi https://www.maybank2u.com.my
  2. Masukkan Username akaun Anda.
  3. Klik Login.
  4. Sahkan Security Image Anda.
  5. Masukkan Password akaun Anda.
  6. Klik Login.
  7. Seterusnya, klik Accounts & Banking.
  8. Pilih All Cards
  9. Pilih Select PIN dan klik GO
  10. Masukkan PIN baru Anda.
  11. Sila klik Request for TAC dan masukkan kod TAC.
  12. Selesai, Anda berjaya tukar PIN ATM Maybank.

Tak punya akaun Maybank2u? Tak perlu risau, sila baca cara daftar Maybank2u.

Cara Tukar No PIN Kad ATM Maybank di ATM

Ikuti langkah-langkah cara tukar PIN Kad ATM di mesin ATM:

  1. Pergi ke ATM Maybank yang berhampiran.
  2. Masukkan Kad Maybank Anda ke slot yang disediakan.
  3. Pilih Bahasa Malaysia.
  4. Masukkan PIN Kad ATM Anda.
  5. Klik Urus Niaga Lain.
  6. Seterusnya, klik Tukar PIN.
  7. Masukkan PIN ATM Anda.
  8. Sila pilih Jenis Transaksi apa yang ingin ditukar.
  9. Klik PIN Kad.
  10. Sila masukkan PIN Baru yang Anda inginkan.
  11. Masukkan sekali lagi PIN Baru untuk mengesahkan.
  12. Tahniah, tukar no PIN Kad ATM Anda berjaya.

Macam mana cara kemaskini no telefon Maybank? Mudah sahaja, sila baca cara tukar no telefon Maybank.

Itu sahaja perkongsian kali ini mengenai cara kemaskini nombor PIN kad ATM Maybank, semoga membantu.