Cara Tukar Password CIMB Online
Cara Tukar Password CIMB Online

Reset Password CIMB Clicks Sebab Lupa Kata Laluan

Posted on

Cara menukar password CIMB online atau reset password CIMB Clicks adalah adalah soalan/pertanyaan yang sering ditanya oleh pelanggan bank. Masalahnya adalah pelanggan tak boleh login perbankan internet CIMB Bank.

Untuk selesaikan masalah ni Anda perlu menukar password lama dengan yang baru. Sebagai pelanggan Anda tak perlu risau, Anda boleh ikuti step cara tukar kata laluan CIMB Clicks dalam artikel ini.

Cara Tukar Password CIMB Online

Step cara penukaran password CIMB dibawah ini boleh dilakukan apabila Anda masih lagi log masuk CIMB Clicks. Ikuti langkah-langkah change password CIMB online berikut ini:

  1. Buka pautan CIMB Click https://www.cimbclicks.com.my
  2. Klik Login to Clicks pada bahagian kanan atas.
  3. Masukkan User ID akaun CIMB Anda. User ID Cimb Clicks
  4. Klik Login. Klik Yes jika itu Secure Word Anda. CIMB Clicks Login
  5. Masukkan Password akaun Anda. Klik Login.
  6. Klik ikon Settings di bahagian kiri bawah. ikon Settings
  7. Scroll ke bahagian bawah, klik Change Password. Change Password CIMB
  8. Pada CIMB Clicks ID, masukkan User ID akaun Anda. Maklumat Change Password CIMB
  9. Masukkan Password lama Anda pada CIMB Clicks Password.
  10. Pada New Password, masukkan kata laluan baru Anda.
  11. Pada Confirm New Password, masukkan sekali lagi kata laluan.
  12. Klik Save.
  13. Klik Request TAC, Kod TAC akan dihantar ke SMS Anda. Request TAC CIMB Clicks
  14. Masukkan Kod TAC, kemudian klik Confirm.
  15. Tahniah, Anda berjaya tukar password CIMB.

Cara Reset Password CIMB Online

Step ini akan bantu Anda selesaikan masalah terlupa kata laluan sehingga Anda tak boleh log masuk CIMB Click. Pertama sekali, Anda perlu sediakan syarat dibawah ni.

  • Kad CIMB Debit/Credit Card
  • PIN kad ATM/Debit Card
  • No telefon bimbit yang dah berdaftar dengan CIMB

Setelah Anda sediakan syarat diatas, sila ikuti langkah-langkah di bawah ini:

  1. Buka laman website CIMB https://www.cimbclicks.com.my
  2. Klik Login to Clicks pada bahagian kanan atas.
  3. Klik Forgot User ID or Password.User ID Cimb Clicks
  4. Sila pilih CIMB Debit/Credit Card. Forgot User ID dan CIMB Clicks
  5. Masukkan Nombor Kad ATM/Debit/Kredit Card.
  6. Masukkan ATM PIN kad Anda.
  7. Isikan kod Captcha pada ruangan yang disediakan.
  8. Tick kotak Terms & Conditions, klik Next.
  9. Pada Your CIMB Clicks User Id, akan dipaparkan User ID akaun Anda. New Password CIMB
  10. Pada New Password, masukkan Kata Laluan baru Anda.
  11. Pada Confirm Password, masukkan sekali lagi Kata Laluan baru Anda.
  12. Klik Request for TAC. Kod TAC akan dihantar ke SMS Anda.
  13. Masukkan Kod TAC.
  14. Tahniah, Anda berjaya reset password CIMB.

Sekiranya Anda ingin kemaskini no telefon CIMB, Anda boleh ikuti step cara tukar no telefon CIMB online.

Soalan Lazim

Beberapa soalan dan jawapan di bawah ini mungkin boleh membantu selesaikan masalah Anda.

1. Bilakah saya perlu menukar kata laluan?

Pihak CIMB mengesyorkan Anda untuk menukar kata laluan Anda dalam masa 3 hari dari hari Anda log masuk ke CIMB Clicks untuk mengelakkan sebarang gangguan ke atas transaksi atas talian Anda.

2. Mengapakah saya perlu menukar kata laluan saya?

CIMB telah menaik taraf dan mengukuhkan polisi kata laluan. Sebagai sebahagian daripada pelaksanaan ini, pihak CIMB memerlukan pelanggan CIMB menukar kata laluan mengikut syarat-syarat pengukuhan kata laluan baharu. Ini akan menjamin pengalaman perbankan atas talian yang lebih selamat kepada Anda.

3. Saya kerap mendapat kod ralat ketika cuba menukar kata laluan saya. Apakah yang perlu saya buat?

Sila pastikan Anda mengikut saranan yang ditetapkan untuk polisi kata laluan baharu. Jika Anda masih mendapat kod ralat, sila cuba sebentar lagi atau membuat panggilan di nombor yang tertera di belakang kad Anda untuk bantuan selanjutnya.

4. Boleh bagi contoh macam mana cara buat password dan username yang betul?

CIMB Click ID = Username masa nak login. Minima 6 huruf termasuk abjad dan nombor.

New Password = Minima kena ada 8 character. Kena ada huruf seperti ABC, kena ada nombor seperti 123, kena ada special character seperti !@#$%^ dan huruf kena ada besar dan kecil seperti AbCdEfG.

Anda boleh lihat contoh bawah ini:

  • CIMB Click ID = kakros321
  • New Password = UpinIpin2@#

4. Apakah saluran yang boleh saya gunakan untuk menukar password?

Anda boleh menukar kata laluan melalui laman web CIMB Clicks.

So itu sahaja perkongsian kali ini mengenai cara reset dan tukar password CIMB online banking. Sekiranya ada sebarang pertanyaan mengenai cara tukar password CIMB Anda boleh menghubungi Customer Serive CIMB di +603 6204 7788.