Semak Penyata CIMB Bank
Semak Penyata CIMB Bank

Semak Penyata CIMB Bank Cetak Statement Online

Posted on

Sekarang ni pelanggan boleh semak penyata CIMB Bank secara online. So kepada Anda yang ingin dapatkan ataupun download statement bank CIMB tanpa kena pergi ke cawangan ataupun kaunter, Anda boleh ikuti step yang kami kongsikan dalam artikel ini.

Penyata Bank CIMB Bank ialah sejarah transaksi wang masuk dan keluar dalam akaun bank kita.

Apakah Penyata Bank?

Sebelum membincangkan lebih lanjut tentang cara muat turun atau cetak penyata bank CIMB, Anda perlu mengetahui terlebih dahulu apa maksud dokumen ini.

Penyata bank ialah dokumen yang mengandungi sejarah akaun terperinci untuk tempoh masa tertentu. Dari penyata bank, Anda boleh melihat tarikh transaksi, jenis transaksi secara terperinci.

Maklumat yang dipaparkan pada penyata bank tentu sahaja lebih lengkap dan detail daripada sejarah transaksi pada buku simpanan.

Perbezaan Sejarah Transaksi dan Penyata Bank

Untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang maksud Penyata Bank, di bawah kami compare beberapa perbezaan dengan sejarah transaksi:

  • Sejarah Transaksi memaparkan sejarah secara ringkas sedangkan statement bank memaparkan sejarah transaksi terperinci.
  • Tempoh penyata bank lebih lama daripada sejarah transaksi. Di mana sejarah transaksi hanya boleh memaparkan data untuk maksimum 30 hari yang lalu. Sementara itu, statement bank boleh memaparkan sehingga 6 bulan sejarah transaksi terkini.
  • Kaedah semakan statement bank hanya boleh dilakukan melalui perbankan internet atau CIMBClicks bagi mereka yang telah mendaftar dan datang ke kaunter. Sementara itu, sejarah transaksi boleh dilakukan dari cawangan (buku simpanan), perbankan internet atau perkhidmatan CIMBClicks, dan melalui ATM (penyata mini).
  • Statement bank boleh digunakan sebagai bukti yang sah dan banyak digunakan untuk syarat pinjaman peribadi.

Cara Dapatkan Penyata Bank CIMB Secara Online

Untuk melihat eStatement melalui CIMB Clicks, Anda boleh ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Pertama sekali sila, log masuk ke CIMB Clicks.
  2. Lepas tu pilih My Account > eStatement > View eStatement. Semak Penyata CIMB Bank via Internet Banking
  3. Pilih Month.
  4. Muat turun penyata Anda. Semak Penyata CIMB Bank via Internet Banking Portal
  5. Selesai.

Tiada akaun CIMB Clicks? Tak perlu risau, sila ikuti step cara register CIMB Click.

Cara Dapatkan Penyata Bank di Emel

Untuk melihat eStatement saya melalui e-mel, Anda perlu melanggan perkhidmatan ini:

  1. Log masuk ke CIMB Clicks
  2. Pilih My Account> eStatement> Email Statement Delivery.
  3. Berikan alamat e-mel dan kata laluan Anda.
  4. Terima Terma dan Syarat.
  5. Buat pengesahan TAC dan klik Confirm

Pihak CIMB akan berikan ataupun hantarkan penyata kepada Anda melalui email yang Anda masukkan.

Cara Dapatkan Statement Bank di Kaunter

Jika Anda belum mendaftar dengan perkhidmatan e-banking, berikut adalah cara mudah untuk mendapatkan penyata bank CIMB di kaunter:

  1. Datang ke cawangan CIMB yang berdekatan.
  2. Ambil nombor giliran. Bawa buku simpanan, kad pengenalan, dan kad debit.
  3. Apabila nombor giliran Anda dipanggil, sila nyatakan keperluan Anda, iaitu Anda ingin cetak penyata bank CIMB.
  4. Customer service CIMB akan bantu sehingga selesai.

Biasanya, kaedah ini memerlukan kos untuk cetak penyata bank. Kos cetak penyata bank adalah setiap helaian kertas, so sediakan wang dari rumah ye.

Pertanyaan dan Jawapan

Mungkin beberapa soalan dan jawapan dibawah ini boleh membantu Anda.

1. Kalau tiada CIMB click memangg tidak boleh download ke?

Anda boleh dapatkan penyata di kaunter bank.

2. Kenapa kat HP android dan iphone tak boleh download penyata?

Sila buka laman website CIMB Clicks di pelayar Google Chrome, Firefox, Safari lepas tu sila login. Sebelum login sila tukar paparan ke desktop view.