Kad debit CIMB adalah alat yang sangat berguna dalam kehidupan seharian. Anda boleh gunakan kad ini untuk membeli barang, membayar bil dan transfer wang kepada rakan dan keluarga.
Jika Anda baru sahaja menerima kad debit CIMB ataupun menukar kad debit CIMB lama dengan yang baru, Anda mungkin ingin tahu bagaimana untuk kad tresebut untuk CIMB Click.
Pada kesempatan kali ni, kami akan memberikan panduan mudah langkah demi langkah tentang cara aktifkan kad debit CIMB Anda.
Cara Aktifkan Kad Debit CIMB Secara Online
Pertama sekali, Anda perlulah membuat pengaktifkan di mesin ATM CIMB, yang mana dekat mesin CIMB tersebut Anda perlu membuat pertukan nombor PIN (6 digit).
Lepas tu barulah Anda boleh mengemaskini dan linkkan kad tersebut dengan account CIMB Click Anda.
Berikut adalah cara pengaktifkan kad debit CIMB untuk transaksi dalam talian melalui portal CIMB Clicks.
- Sila lawati laman website CIMB Clicks https://www.cimbclicks.com.my
- Lepas tu seperti biasa, Anda log masuk menggunakan username dan password Anda.
- Secara automatik akan keluar paparan Enter your new Debit/Credit Card number & ATM PIN.
- Langkah seterusnya, Anda perlulah mengemaskini butiran maklumat kad debit Anda yang terbaru.
- Sila masukkan 16 digit nombor kad debit CIMB Anda. Sila lihat bahagian hadapan kad debit untuk dapatkan 16 digit nombor tersebut.

- Lepas tu pada bahagian ATM PIN, sila masukkan no PIN kad debit Anda.
- Klik kotak Agree, lepas tu klik butang Agree & Continue.
- Selesai.
Macam mana kalau tak boleh log masuk CIMB Click? Sila cuba cara ni ye cara reset password CIMB Click.
Step diatas ni khas untuk pelanggan CIMB yang telah memperbaharui kad debit ataupun kad kredit CIMB ye.
Soalan Lazim
Berikut ni beberapa soalan dan jawapan yang boleh membantu Anda.
1. Kad Debit baru bagi yang renew online, dia bagi no pin sementara kah tuk kita tukar kad ATM ke?
Biasanya guna no pin yg lama, tapi biasanya akan disertakan sekali nombor PIN sementara.
2. Kalau renew kad yang expired dekat bank boleh siap segera ke kak? Atau lambat jugak?
Boleh siap segera.
3. Saya baru renew card debit, bila nak login cimbclicks keluar yang id saya kena terminated, macam mana ye?
Anda kena daftar cimb click yang baru rasanya tu.
4. CIMB klik lama saya kena terminated dan saya cuba register baru CIMB click, bila buat dia kata e-mail tak sah pening, pihak bank suruh buat online.
Emel yang Anda masukkan tu mungkin salah taip, cuba guna emel yang aktif ye.
5. Saya ada buka akaun cimb baru dan dah berjaya daftar CimbClicks tetapi online transaction tak berjaya, kenapa ya?
Cuba Anda call customer service cimb ye.





