Akaun Maybank saya tak boleh digunakan sehingga sayat tak boleh buat transaksi, apa perlu buat? Tak perlu risau, kami akan kongsikan cara dapatkan semula akaun Maybank Anda.
Jika akaun Maybank Anda disekat, boleh jadi Anda melakukan beberapa kesalahan. Sebetulnya, Maybank kena block ini sebahagian besar berlaku kerana kesalahan pemegang akaun, boleh jadi sudah lama pada akaun Maybank tersebut tidak ada transaksi wang masuk dan keluar, sehingga pihak Maybank menyekat akaun Maybank Anda.
Adakah cara yang dapat saya lakukan untuk aktifkan semula akaun Maybank saya? Sila ikuti cara aktifkan semula akaun Maybank di bawah ini.
Berikut adalah beberapa cara untuk mengaktifkan akaun disekat atau dormant:
- Anda sebagai pemegang akaun mesti hadirkan diri di mana-mana cawangan Maybank bersama dokumen pengenalan diri yang sah dan memohon untuk mengaktifkan akaun dormant. Sila bawa kad pengenakan/pasport, kad ATM dan buku simpanan.
- Anda sebagai pemegang akaun mesti melakukan transaksi deposit atau pengeluaran wang tunai di kaunter.
- Anda sebagai pemegang akaun menghantar surat atau memulangkan Notis yang dihantar oleh bank memohon untuk mengaktifkan semula akaun dormant tersebut. Tandatangan pemegang akaun pada surat/notis mestilah selaras dengan rekod tandatangan dalam simpanan Bank.
Nota: Harap maklum, secara umumnya, jika tiada sebarang kemasukan atau pengeluaran daripada pemegang akaun untuk jangka masa 1 tahun, akaun simpanan/semasa akan menjadi Dormant (tidak aktif) secara automatik.
Jika Anda mahu mengaktifkan semula akaun tersebut, Anda boleh berkunjung ke cawangan Maybank berhampiran. Sila bawa bersama kad pengenalan asal dan kad Debit (jika ada) untuk bantuan lanjut kerana pengesahan perlu dilakukan di cawangan Maybank. Tiada caj dikenakan bagi pengaktifan semula akaun tersebut.
Pihak Maybank cadangkan Anda untuk sentiasa melakukan transaksi keluar dan masuk dari akaun Anda untuk pastikan akaun Anda sentiasa aktif. Untuk makluman Anda, bagi akaun yang tidak aktif selama satu tahun, caj perkhidmatan tahunan sebanyak RM10.00 akan dikenakan ke atas akaun sekiranya tidak diaktifkan dan akan berlanjutan selama 7 tahun.
Selepas 7 tahun, sekiranya akaun masih tidak diaktifkan dan masih mempunyai baki, akaun tersebut akan ditutup dan baki akan dihantar ke Bank Negara di bawah status akaun yang tidak dituntut. Sekiranya baki tidak mecukupi untuk penolakan caj perkhidmatan, akaun akan terus ditutup walaupun kurang dari 7 tahun.
Anda dinasihatkan untuk tukar no telefon Maybank agar dapat gunakan semula perkhidmatan Maybank2u.
Cara Aktifkan Semula Akaun Maybank via Facebook
Jika Anda mahu, Anda boleh cuba aktifkan semula akaun Maybank secara online melalui Facebook.
Berikut langkah-langkah cara mengaktifkan semula Maybank:
- Sila log masuk akaun Facebook Anda.
- Carian Facebook Maybank Malaysia atau buka pautan https://web.facebook.com/Maybank
- Sila hantar mesej atau PM (Private Message), bagitau maksud Anda bahawa Anda ingin aktifkan semula akaun Maybank Anda.
- Seterusnya pihak bank akan tanya masalah Anda secara detail dan akan meminta maklumat terperinci Anda seperti Nama Penuh, Kad Pengenalan dan No Telefon.
- Kemudia, pegawai Maybank akan menghubungi Anda untuk sahkan beberapa maklumat lainnya seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon, no akaun Maybank dan 16 digit nombor kad ATM Anda.
- Sila tunggu sekejap, pegawai bank akan aktifkan semula Maybank Anda.
Setelah itu baca panduan cara login Maybank2u untuk melihat baki terkini akaun.
Cara Aktifkan Semula Akaun via Call Center Maybank
Cara lain untuk mengaktifkan kembali akaun Maybank Anda boleh menggunakan sambungan telefon di talian 1-300 88 6688 (Malaysia) atau +603-7844 3696 (Overseas).
Sila bagitau maksud Anda kepada pegawai bank, bahawa Anda ingin mengaktifkan semula akaun Maybank Anda.
Sekiranya Anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai kad maybank hilang, akaun dormant, wang tidak dituntut dan akaun tamat tempoh. Sila hubungi customer service Maybank di talian 1300 886688, pegawai bank akan sedia membantu Anda.