Adakah Anda tahu mengenai kemudahan urusan deposit Tabung Haji yang dapat dilakukan secara online?
Sekiranya Anda mempunyai akaun Tabung Haji (TH) dan ingin deposit duit melalui online Anda boleh gunakan perkhidmatan perbankan online seperti CIMB Clicks dan Maybank2u.
Anda tak perlu risau, sebab kami akan kongsikan cara transfer duit ke Tabung Haji tanpa sebarang caj (percuma).
Cara Transfer Duit Ke Tabung Haji guna JomPAY
Berita baik untuk Anda, sebab sekarang ini pihak Tabung Haji telah bekerjasama dengan JomPAY. Sekiaranya Anda menggunakan JomPAY untuk deposit TH, Anda boleh jimat duit (tak ada caj transfer).
Kod JomPAY Tabung Haji adalah:
- Biller Code: 60228
- Biller Name: Tabung Haji – Deposit
- Ref-1: Nombor Akaun TH (15 digit)
Anda tidak perlu melakukan pendaftaran untuk menggunakan perkhidmatan JomPAY. Walau bagaimanapun, Anda hanya perlu mempunyai akses perbankan Internet atau perbankan mudah alih sahaja. Transaksi tersebut akan masuk pada keesokan hari bekerja.
1. Cara Deposit Duit ke Tabung Haji Guna CIMBClicks
- Log masuk CIMBClicks..
- Klik Pay & Transfer.
- Klik JomPAY.
- Masukkan Biller Code 60228.
- Masukkan Name Tabung Haji Deposit.
- Masukkan Ref-1 No 15 digi Akaun Tabung Haji.
- Masukkan Ref-2 Contoh: Duit Tabung Haji.
- Masukkan Amaun RM yang ingin di transfer.
- Request TAC dan masukkan kod TAC.
- Set as Favourite untuk memudahkan transaksi di masa hadapan.
- Transaksi selesai.
2. Cara Deposit Duit ke Tabung Haji Guna Maybank2u
- Log masuk Maybank2u.
- Klik Pay > Pilih JomPAY.
- Masukkan kod JomPAY Tabung Haji iaitu 60228.
- Pilih Amaun yang mahu Anda pindahkan.
- Masukkan 15 digit no akaun penerima Tabung Haji.
- Selesai.
Jika Anda tak ingin gunakan perkhidmatan JomPAY, Anda boleh gunakan cara di bawah.
Cara Link Maybank2U dengan Tabung Haji
Jika Anda belum membuat sebarang transfer melalui Maybank2U Anda perlu link akaun TH Anda dan pastikan Anda membawa buku TH Anda. Sila ikuti langkah di bawah ini:
- Kunjungi ATM Maybank yang berhampiran.
- Pilih Tabung Haji.
- Pilih Daftar Akaun TH ke ATM Kad.
- Masukkan No akaun TH Anda.
- Masukkan No siri buku (nombor yang terdapat pada muka surat belakang sekali)
Selepas itu:
- Anda boleh login Maybank2U (sudah tentu Anda perlu mempunyai akaun Maybank dan mendaftar dahulu dengan Maybank2U)
- Pilih Account & Banking dan klik Transfer.
- Piilih Tabung Haji.
- Pilih Maybank to TH Own Account Transfer.
- Masukkan jumlah duit yang ingin Anda transfer ke akaun TH Anda dan tekan Continue.
- Klik Request for TAC. Pilih Confirm.
- Jika Anda ingin transfer ke akaun TH milik ibu bapa juga boleh dan Anda tak perlu link ke akaun TH tersebut. Hanya, akaun Anda sahaja yang perlu di link kan.
Melalui aplikasi Maybank2u juga Anda boleh check baki akaun Tabung Haji Anda. Hanya klik Balance Inquiry dan Anda boleh mengetahui jumlah dalam akaun TH Anda.
Cara Transfer Duit Ke Tabung Haji Guna CIMB Clicks
- Anda mesti punya akaun CIMB dan berdaftar dengan CIMB Clicks
- Sila log masuk ke akaun CIMB Clicks milik Anda.
- Tekan ke Pay dan pilih Bills.
- Pada To, taipkan Tabung Haji dan sila pilih Lembaga Tabung Haji.
- Kemudian, akan topup secara automatik maklumat yang perlu Anda isi, iaitu Bill Account Number dan TH Accy Holder IC Number.
- Isikan maklumat dan pastikan maklumat tersebut betul dan tepat.
- Klik Save as favourite, untuk memudahkan apabila Anda ingin membuat pemindahan duit di masa depan.
- Anda perlu memilih dari akaun mana pemindahan duit akan dilakukan dan masukkan jumlah dan tarikh transfer.
- Klik Proceed to Payment.
Pastikan Anda menggunakan no akaun TH yang baru, ialah 15 digit untuk transfer duit. Jika Anda mahu transfer ke akaun ibu atau bapa, Anda hanya memerlukan no IC dan no akaun ibu atau bapa Anda.
Macam mana jika ingin membuat transfer bulanan secara automatik dari CIMB ke TH?
- Login terlebih dahulu ke akaun CIMB Clicks.
- Pergi ke Settings dan pilih Scheduled Transactions.
- Seterusnya, pilih Select a service dan klik Pay Bills.
- Klik Savings Account, pilih Lembaga Tabung Haji yang sudah Anda tetapkan sebagai favourite dan klik Click Submit.
- Masukkan no akaun TH, IC dan no handphone.
- Masukkan jumlah duit yang mahu Anda transfer setiap bulanke akaun TH Anda.
- Pilih Tarikh untuk mula transfer dan jangan lupa pilih Recurring every month serta jumlah bulan untuk transfer secara automatic.
- Klik Update.
- Tahniah, Anda berjaya.
Mengapa hanya dua cara transfer duit Tabung Haji secara online? kerana melalui Maybank dan CIMB bank paling popular yang menjadi pilihan semua pendeposit.
Namun, selain Maybank dan CIMB, banyak bank-bank lain yang turut menawarkan perkhimatan transfer secara online seperti:
- Bank muamalat
- Bank Islam
- Hong Leong Islamic
- Kuwait Finance House
- Ambank
- Affin Islamic
- Public Bank
Mudah sahaja jika Anda mengikuti langkah-langkah di atas dengan teliti. Cara transfer duit ke Tabung Haji diatas boleh jimat masa Anda.