AmBank merupakan perkhidmatan kewangan yang menyediakan pelbagai macam perkhidmatan kewangan yang merangkumi perbankan Islam, insurans hayat, takaful keluarga dan lainnya.
AmBank jugak mempunyai perbankan online yang dinamakan AmOnline bagi memudahkan para pelanggannya melakukan pelbagai transaksi kewangan secara online.
Sekarang ni setiap pemegang akaun Ambank dinasihatkan untuk menjaga keselamatan akaun AmBank dengan cara menukar kata laluan secara berkala. Berikut kami kongsikan cara tukar password AmBank online dengan mudah dan pantas.
Cara Tukar Password AmBank Online
Sila ikuti langkah-langkah tukar password AmOnline di bawah:
- Lawati pautan rasmi https://www.ambank.com.my
- Klik Login pada bahagian kanan atas.
- Masukkan Username akaun Anda.
- Klik Log In Now.
- Sahkan Security Image Anda.
- Masukkan Password akaun Ambank Anda.
- Klik Log In.
- Selepas Anda Login, klik Profile/My Accounts.
- Klik Change Password.
- Masukkan Kata Laluan Baru Anda.
- Sahkan sekali lagi Kata Laluan Baru Anda.
- Ikuti langkah-langkah seterusnya sehingga selesai.
- Tahniah, Anda berjaya tukar password Ambank.
Lupa Password AmOnline
Bagi Anda yang terlupa kata laluan, tak perlu risau. Ikuti langkah-langkah berikut ini:
- Lawati pautan rasmi https://www.ambank.com.my
- Klik Login pada bahagian kanan atas.
- Klik Forgot Username/Password.
- Pada Select your ID type, sila pilih jenis kad pengenalan Anda.
- Masukkan kad pengenalan Anda, pada New IC Number.
- Seterusnya, pada Select account/card type, pilih jenis kad Anda.
- Masukkan Kad Debit Card Anda pada ruangan yang disediakan.
- Masukkan PIN Kad Anda.
- Klik Continue.
- Ikuti langkah-langkah seterusnya sehingga selesai.
- Tahniah, Anda berjaya tukar password Ambank.
FAQ AmBank
Berikut beberapa soalan lazim mengenai AmBnk:
1. Sejauh manakah keselamatan gambar di AmOnline?
Ambank mempunyai banyak gambar keselamatan di AmOnline. AmOnline akan memaparkan beberapa gambar keselamatan secara rawak untuk pilihan Anda. Oleh itu, sukar bagi pihak yang tidak sah untuk memaparkan gambar pilihan Anda untuk pengesahan.
2. Mengapa saya diminta menukar kata laluan setelah saya log masuk ke AmOnline?
Ini bermaksud bahawa Anda tidak mengubah kata laluan anda sejak pelaksanaan dasar kata laluan baru AmBank pada 26 Ogos 2019. AmBank sangat menggalakkan Anda menukar kata laluan Anda untuk menjadikan perbankan online Anda lebih selamat.
3. Selain menetapkan kata laluan yang kuat, macam mana saya boleh menyimpan akaun saya dengan selamat?
Ada banyak cara untuk memastikan akaun Anda selamat. Salah satu caranya adalah dengan selalu mengetahui jenis Penipuan e-Banking yang paling biasa. Anda boleh merujuk kepada jenis penipuan perbankan yang paling biasa di Makluman Keselamatan di laman web AmBank, di mana AmBank juga memberikan petua keselamatan untuk melindungi diri Anda semasa melakukan perbankan online.
Diharapkan maklumat yang kami kongsikan dapat membantu Anda dalam urusan perbankan.