Anda pernah tak mengalami situasi di mana Anda perlu transfer duit dari akaun AmBank Anda ke akaun bank lain melalui perkhidmatan IBG.
Kalau pernah, Anda mesti tertanya-tanya berapa lama proses ni akan ambil masa, kan?
Kami akan kongsikan apa itu IBG transfer ni, berapa lama duit masuk akaun penerima dan jadual IBG transfer Ambank.
Apa Itu IBG Transfer
IBG atau Interbank Giro adalah salah satu cara untuk Anda transfer duit dari akaun bank Anda ke akaun bank lain yang berbeza.
Ia adalah satu cara yang popular di Malaysia, membolehkan Anda berurusan dengan pelbagai bank tanpa masalah besar.
Proses IBG ni lebih kurang macam hantar surat. Anda letakkan duit dalam sampul IBG, dan bank akan uruskan untuk hantarkan ke bank penerima.
Cuma bezanya, dalam kes ini, sampul tu adalah maklumat dalam sistem perbankan.
Cara IBG Transfer AmBank Online
Sekiranya Anda adalah pelanggan AmBank dan ingin tahu cara melakukan IBG transfer secara online, kami akan tunjukkan langkah-langkah untuk buat IBG transfer melalui perkhidmatan AmBank online.
Sila ikuti langkah-langkah dibawah ni:
- Layari Web Rasmi AmBank di https://ambank.amonline.com.my
- Pilih AmOnline.
- Lalu Klik Login untuk masuk. Masukan Login ID anda, lalu klik Continue.
- Seterusnya masukan Password, Lalu Klik Submit.
- Pada menu skrin, Pilih Payment/Transfer to Other Banks (IBG).
- Lalu Pilih One Off.
- Lengkapkan borang dengan mengisi data alamat tujuan, jumlah baki, dan lain-lain.
- Transfer Form : Basic Savings Account.
- Beneficiary Name : Nama Anda.
- Beneficiary Bank : Nama Bank
- Beneficiary Account No : No Akaun ATM Anda.
- Amount : Jumlah Amaunt Tansfer.
- Purpose : Keterangan Transfer.
- Reference No : (Optional).
- Sekiranya ia diisi, kemudian klik Submit.
- Lalu Klik Request TAC, dan tunggu pemberitahuan sms memasuki handphone anda.
- Isi TAC Number, dan Klik Confirm.
- Pemindahan ke bank lain telah berjaya.
Tidak mempunyai perbankan internet Ambank? Jom daftar Ambank online banking kat sini.
Cara IBG Transfer AmBank kat Cawangan
Berikut ni adalah cara untuk membuat IBG (Interbank Giro) transfer di cawangan. Sila ikuti langkah-langkah dibawah ni:
- Sebelum Anda pergi ke cawangan AmBank, pastikan Anda sudah punya akaun bank dengan AmBank. Kalau belum, Anda kena buka akaun dulu. Juga, pastikan ada wang yang mencukupi dalam akaun Anda untuk memenuhi jumlah yang Anda nak transfer.
- Selepas itu Anda pergi ke cawangan AmBank yang terdekat. Jangan lupa bawa dokumen peribadi seperti kad pengenalan, duit dan buku bank.
- Sampai di cawangan, cari kaunter yang bertugas untuk urusan kewangan seperti IBG transfer. Biasanya, Anda boleh tanya kakitangan cawangan untuk tunjukkan kaunter yang betul.
- Pegawai bank akan berikan borang IBG transfer kepada Anda. Isi borang tersebut dengan maklumat yang betul seperti nama penerima, nombor akaun penerima, nama bank penerima, nombor akaun Anda, jumlah wang yang nak dihantar.
- Pastikan semua maklumat diisi dengan betul dan teliti.
- Sebelum Anda serahkan borang IBG kepada pegawai bank, semak sekali lagi maklumat yang Anda isi. Pastikan semuanya betul. Kalau ada kesilapan, minta pegawai bank untuk betulkan sebelum sahkan transaksi.
- AmBank akan mengenakan bayaran caj untuk IBG transfer ini. Pastikan Anda tanya pegawai bank tentang bayaran ini dan pastikan Anda ada wang yang mencukupi dalam akaun Anda untuk menampung bayaran tersebut.
- Setelah transaksi selesai, pastikan Anda terima resit sebagai bukti pembayaran. Resit ini penting jika ada sebarang masalah atau pertanyaan mengenai transaksi Anda nanti.
- Anda boleh check transaksi IBG Anda melalui akaun bank online atau hubungi AmBank jika Anda rasa perlu.
Pastikan Anda menyimpan maklumat transaksi ini dengan selamat.
Maklumat seperti tarikh, masa, dan nombor rujukan transaksi akan berguna jika ada sebarang masalah atau pertanyaan pada masa akan datang.
Berapa Lama Proses IBG Transfer Ambank
Proses IBG transfer AmBank biasanya mengambil masa yang berbeza-beza bergantung kepada beberapa faktor.
Secara umum, IBG transfer di AmBank dapat memakan masa antara 1 hingga 2 hari bekerja untuk sampai ke akaun penerima.
Transfer Day/Time | Recipient Banks | Crediting Time | *Refund Time | ||
---|---|---|---|---|---|
Before 5:00 am | Same day | By 11:00 am | Same day | By 5:00 pm | |
5:01 am - 8:00 am | Same day | By 2:00 pm | Same day | By 8:20 p | |
8:01 am - 11:00 am | Same day | By 5:00 pm | Same day | By 11:00 pm | |
Business DaysBusiness Days (Mon – Fri) | 11:01 am - 2:00 pm | Same day | By 8:20 pm | Next business day | By 11:00 am |
2:01 pm - 5.00 pm | Same day | By 11:00 pm | Next business day | By 11:00 am | |
After 5.00 pm | Next business day | By 11:00 am | Next business day | By 5:00 pm | |
Non-business Days | Next business day | By 11:00 am | Next business day | By 5:00 pm |
Anda boleh melakukan IBG Transfer hingga RM50,000 sehari.
Nota:
- Had maksimum IBG untuk akaun luaran masih kekal RM10,000.
- Sekiranya pelanggan melakukan pemindahan IBG hari ini hingga dan termasuk jam 5.00 petang, pelanggan yang membayar akan menerima dana yang dikembalikan pada *perniagaan seterusnya hari selewat-lewatnya jam 11.00 pagi
- Pemindahan IBG yang dijadualkan tetap akan mengikuti tarikh
- Pemindahan yang ditetapkan oleh pelanggan, namun.
- Sekiranya tarikh Pemindahan jatuh pada Hari Perniagaan, waktu pengkreditan akan sama pada hari 11:00 pagi dan waktu pengembalian wang adalah hari yang sama pada jam 5:00 petang.
- Sekiranya tarikh Pemindahan jatuh pada Hari Bukan Perniagaan, waktu pengkreditan akan menjadi hari perniagaan berikutnya pada jam 11:00 pagi dan waktu pengembalian adalah perniagaan seterusnya
hari selewat-lewatnya jam 5:00 petang.
Sekiranya ada sebarang pertanyaan mengenai IBG Transfer AmBank Anda boleh hubungi Customer Care di +603-2178 8888 (Monday – Sunday, 7.00 a.m. to 11.00 p.m.)