Bagaimana cara tukar transaksi limit RHB? Kalau Anda baru buat akaun bank RHB atau rasa macam had transaksi Anda tak mencukupi, jangan risau.
Kami ada panduan ringkas untuk kongsikan cara tukar transfer limit RHB secara online.
RHB memang bank yang popular di Malaysia, banyak orang guna. Tapi kadang-kadang, transaksi limit yang sedia ada tak mencukupi untuk keperluan harian Anda.
Contohnya, kalau Anda nak transfer duit yang lebih besar dari transaksi limit yang dah ditetapkan sebelum ni. Jadi, penting lah kita tahu cara nak ubah transaksi limit ni.
Apa Itu Had Transaksi / Transaction Limit
Transaksi limit RHB merujuk kepada had nilai maksimum yang diberikan oleh bank RHB (RHB Bank Berhad) kepada pemegang akaun untuk melakukan transaksi kewangan tertentu.
Had nilai ini ditetapkan untuk melindungi akaun pelanggan daripada penggunaan yang tidak sah atau penipuan.
Dengan mempunyai had transaksi, bank boleh mengawal dan mengurangkan risiko kewangan.
Transaksi limit RHB biasanya merangkumi beberapa jenis transaksi, seperti:
- Transaksi Pengeluaran Tunai (ATM/CDM): Had nilai untuk pengeluaran tunai daripada mesin ATM (Automated Teller Machine) atau CDM (Cash Deposit Machine).
- Transaksi Pembelian di Kaunter Bank: Had nilai untuk transaksi yang melibatkan pertukaran wang atau perbankan di kaunter bank RHB.
- Transaksi Pemindahan Duit (Fund Transfer): Had nilai untuk pemindahan duit antara akaun bank RHB sendiri atau ke akaun bank lain.
- Transaksi Pembelian dalam Talian (Online Purchase): Had nilai untuk pembelian dalam talian melalui kad debit atau kredit RHB.
- Transaksi Bayaran Bil (Bill Payment): Had nilai untuk membayar bil-bil seperti bil utiliti, kad kredit, atau pinjaman menggunakan perkhidmatan pembayaran dalam talian.
- Transaksi Pindahan Wang (Wire Transfer): Had nilai untuk pindahan wang ke luar negara atau dalam negara menggunakan perkhidmatan pindahan wang.
Transaksi limit ini akan berbeza-beza antara pemegang akaun dan bergantung kepada jenis akaun, sejarah kewangan, dan perjanjian dengan bank.
Untuk meningkatkan atau mengurangkan had transaksi, pelanggan perlu meminta perubahan melalui perkhidmatan pelanggan bank atau melalui akaun dalam talian (online banking).
Cara Tukar Had Transaksi RHB Melalui RHB Online
Kami nak kongsi cara senang nak tukar limit transaksi RHB Anda melalui RHB online banking.
Dah tak payah pening kepala fikir macam mana nak buat, sebab kita akan guide step by step.
Apa Itu RHB Online Banking
Sebelum kita terjah ke langkah-langkah bagi yang tak tahu lagi, RHB online banking tu adalah perbankan internet yang membolehkan kita buat pelbagai urusan perbankan secara atas talian.
Kita boleh buat bayaran bil, semak baki akaun, dan banyak lagi. Nah, sekarang kita cerita cara nak tukar transfer limit pulak.
Berikut adalah langkah-langkah tingkatkan transaction limit melalui RHB online banking:
- Lawati pautan rasmi RHB https://onlinebanking.rhbgroup.com
- Masukkan Username akaun Anda pada ruangan yang disediakan.
- Klik Yes jika itu Secret Word Anda.
- Masukkan Password Anda pada ruangan yang disediakan.
- Klik Login.
- Selepas Anda login ke akaun Anda, klik pada Profile.
- Kemudian, klik Daily Transaction Limit / Payment Limits.
- Pilih jenis perkhidmatan dan masukkan had yang baru pada ruangan tersebut.
- Klik Request TAC untuk pengesahan.
- Masukkan TAC yang dihantar ke nombor handphone Anda.
- Klik Update.
- Selesai.
Sekarang, Anda telah berjaya menukar had pengalihan akaun RHB Anda melalui RHB online banking.
Cara Ubah Had Transaksi Guna RHB Mobile Banking
RHB Mobile Banking adalah aplikasi mudah alih yang disediakan oleh RHB Bank Berhad untuk membolehkan pelanggan mengakses perkhidmatan perbankan melalui peranti mudah alih seperti telefon bimbit atau tablet.
Dengan aplikasi ini, anda boleh menjalankan pelbagai transaksi perbankan, check baki akaun, buat pemindahan wang, membayar bil, dan banyak lagi, di mana saja dan pada bila-bila masa tanpa perlu ke cawangan bank.
Cara Muat Turun Aplikasi RHB Mobile Banking
Pastikan peranti mudah alih anda mempunyai akses kepada sambungan internet, sama ada melalui data mudah alih atau Wi-Fi.
- Buka Aplikasi Store pada peranti mudah alih anda. Jika anda menggunakan peranti Android, buka Google Play Store, jika anda menggunakan peranti Apple, buka App Store.
- Di dalam Playstore, cari RHB Mobile Banking menggunakan kotak carian.
- Selepas menemui aplikasi RHB Mobile Banking, ketuk pada butang Download untuk memuat turun aplikasi tersebut ke peranti mudah alih anda.
- Ikuti panduan untuk memasang aplikasi di peranti anda.
- Selesai.
Cara Ubah Had Transaksi
Selepas memasang aplikasi, buka RHB Mobile Banking di peranti anda.
- Pilih opsyen Log Masuk atau Sign In di halaman utama aplikasi.
- Anda perlu memasukkan ID Pengguna / Username dan Kata Laluan yang Anda gunakan semasa mendaftar untuk perkhidmatan perbankan dalam talian. Jika anda belum mendaftar, anda perlu melakukan pendaftaran terlebih dahulu.
- Selepas memasukkan maklumat yang betul, anda akan berjaya log masuk ke akaun RHB Mobile Banking anda.
- Pilih Settings / Tetapan pada bahagian atas sebelah kiri.
- Tekan Account, lepas tu klik Payment Limits.
- Pilih jenis perkhidmatan yang nak Anda ubah.
- Pilih had transaksi baharu Anda.
- Sahkan transaksi dengan OTP/TAC.
- Anda akan menerima notis setelah transaksi berjaya.
Cara Tukar Transaksi Limit di Cawangan
Sebelum Anda pergi cawangan RHB, pastikan Anda ada bawak semua dokumen yang diperlukan.
Dokumen-dokumen ni penting sebab diorang nak confirm identiti Anda. Ni senarai dokumen yang Anda kena bawak:
- Kad pengenalan (IC) Anda yang sah.
- Borang permohonan peningkatan had perbelanjaan kad (boleh dapat kat cawangan atau download dari laman web RHB).
Jika Anda dah pastikan ada semua dokumen, sila ikuti langkah-langkah seterusnya:
- Pergilah ke cawangan RHB yang paling dekat dengan Anda.
- Bila dah sampai kat cawangan, carilah kaunter khidmat pelanggan atau kaunter yang sesuai untuk tukar transfer limit. Boleh tanya staff kat situ kalau Anda tak sure mana kaunter yang patut pergi.
- Diorang akan bagi borang permohonan peningkatan had perbelanjaan kad. Isi je borang tu ikut maklumat yang betul. Pastikan Anda isi semua bahagian yang diperlukan.
- Bila dah siap isi borang, serahkan borang tu beserta kad pengenalan (IC) Anda kepada pegawai bank yang bertugas. Diorang akan semak borang tu dan pastikan semua maklumat lengkap.
- Selepas hantar borang, pegawai bank akan semak maklumat Anda dan proseskan permohonan tu.
- Tunggu kejap, had transaksi Anda dah di ubah.
Tips
- Pastikan maklumat dalam borang tu betul dan kemas. Kalau ada kesilapan, boleh je delay proses kelulusan.
- Kalau tak nak pening kepala tunggu lama kat cawangan, bolehlah buat appointment awal. Senang sikit nak uruskan semua.
- Rajin-rajin lah semak had perbelanjaan kad Anda dari semasa ke semasa. Kadang-kadang kita tak sedar yang kita perlukan had yang lebih tinggi.
Semoga maklumat yang kami berikan kepada Anda dapat membantu dalam urusan kewangan Anda.
Sekiranya ada sebarang pertanyaan mengenai cara tingkatkan limit transaksi RHB Anda boleh hubungi Customer Care Centre RHB di 603-9206 8118 atau melalui emel customer.service@rhbgroup.com.