Cara Tukar Password RHB Bank Online
Cara Tukar Password RHB Bank Online

Cara Tukar Password RHB Bank Online

Posted on

Sebahagian korang mungkin merasa takut dan risau sebab kata laluan untuk log masuk akaun RHB internet banking mudah diterka/diketahui. Tips ini pastilah berguna untuk pemegang akaun RHB Bank, sebab langkah keselamatan memang penting untuk mengelakkan daripada berlaku perkara-perkara yang tidak dikehendaki.

Jadi sekiranya Anda pemegang akaun RHB Bank dan ingin menukar password RHB Bank online namun tidak tahu langkah-langkahnya, Anda boleh baca panduan yang kami kongsikan di bawah ini.

Cara tukar password RHB online di logon.rhb.com.my sangat mudah, hanya perlu beberapa langkah sahaja.

Cara Tukar Password RHB Bank Online

Sila ikuti langkah-langkah tukar password RHB internet banking berikut ini.

  1. Lawati pautan rasmi RHB Bank https://www.rhbgroup.com
  2. Klik Login > RHB Now. RHB Now
  3. Masukkan Username pada ruangan yang disediakan. Username RHB
  4. Klik Next, Get Secret Word.
  5. Klik Yes jika itu Secret Word Anda. Secret Word RHB
  6. Masukkan Password akaun Anda.
  7. Klik Login.
  8. Selepas Anda login ke akaun Anda, pergi ke Profile.
  9. Klik Change Password.
  10. Ikuti arahan yang diberikan.
  11. Tahniah, Anda berjaya tukar password RHB.

Jika telefon bimbit Anda hilang, atau nombor telefon Anda sudah tidak aktif, sila segera kemaskini no telefon RHB Bank Anda. Sila baca panduan cara tukar no telefon RHB Bank pada artikel yang telah kami kongsikan.

Cara Reset Password RHB Now

Anda boleh ikuti cara reset password RHB jika Anda lupa username dan password RHB Now

  1. Lawati laman rasmi RHB Bank.
  2. Klik Login > RHB Now. RHB Now
  3. Klik Forgot Password/Unblock Username. Forgot Password RHB
  4. Pilih Jenis Kad Anda. Reset Password RHB
  5. Klik Next.
  6. Pada ATM/Debit Card No, masukkan Nombor Kad ATM Anda. Isikan Kad debit ATM
  7. Pada ATM/Debit Card PIN, masukkan Nombor Kad PIN Anda.
  8. Klik Next.
  9. Pada New Password, masukkan kata laluan baru yang Anda inginkan. New Password RHB
  10. Pada Reconfirm New Password, masukkan kata laluan baru Anda sekali lagi.
  11. Klik Next.
  12. Tahniah, Anda berjaya reset password Anda.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan mengenai RHB Bank Anda boleh menghubungi Customer Care Centre RHB Bank melalui Telefon di 03-9206 8118 atau melalui Email customer.service@rhbgroup.com

Jadi itulah perkongsian cara tukar kata laluan RHB internet banking, semoga maklumat ini membantu Anda.