Auto Financing merupakan produk RHB Bank yang menawarkan skim bayaran ansuran yang berpatutan dan fleksibel apabila membeli kenderaan baru.
Bagi pelanggan yang mempunyai pinjaman kenderaan kereta di RHB Bank, pelanggan memiliki kewajipan untuk membuat bayaran balik setiap bulan.
Berikut kami kongsikan cara bayar loan kereta RHB Bank.
Cara Bayar Loan Kereta RHB Bank Online
Sila ikuti langkah-langkah bayar loan kereta RHB Bank Online:
- Lawati pautan rasmi RHB https://onlinebanking.rhbgroup.com
- Masukkan Username akaun Anda.
- Klik Next, Get Secret Word.
- Klik Yes, jika itu Secret Word Anda.
- Masukkan Password akaun Anda.
- Klik Login.
- Selepas Anda login, klik Billpay dari menu bar sisi.
- Klik Other Biller, kemudian, klik Open Payment.
- Seterusnya, pilih bill yang Anda inginkan dengan klik atau memilih dari senarai di bawah.
- Klik Next.
- Pada Payee, masukkan nombor penerima.
- Pada Bill Acc no, sila isiikan nombor bill.
- Pada Amount, masukkan jumlah yang akan dihantar.
- Klik Preview.
- Masukkan kod OTP yang akan dihantar ke handphone Anda.
- Klik Submit.
- Anda boleh tambahkan penerima pembayaran ke kegemaran Anda.
- Selesai.
Tidak ada akaun RHB Bank online banking? Tak perlu risau, sila baca panduan cara daftar RHB online banking.
Cara Bayar Loan Kereta di Kaunter RHB Bank
ni cara bayar loan kereta RHB Bank di kaunter:
- Langkah pertama, pergi ke kaunter servis pelanggan RHB Bank yang terdekat dengan Anda.
- Ambil nombor giliran dan tunggu giliran Anda dipanggil.
- Bila giliran Anda, beritahu pegawai kaunter bahawa Anda nak bayar loan kereta RHB Bank.
- Pegawai akan minta Anda mengisi borang pembayaran. Pastikan isi dengan betul termasuk maklumat akaun pinjaman Anda.
- Selepas itu, berikan jumlah wang yang ingin Anda bayar kepada pegawai kaunter.
- Pegawai akan menyemak pembayaran Anda, pastikan segala maklumat betul.
- Bila semuanya disahkan, pegawai akan berikan resit pembayaran kepada Anda sebagai bukti bayaran telah dibuat.
- Simpan resit tersebut sebagai rekod pembayaran.
Cara Bayar Loan Kereta RHB Bank Melalui CIMB Clicks
Selain Anda bayar loan kereta RHB Bank Online, Anda juga boleh bayar loan kereta melalui CIMB Clicks:
- Lawati pautan rasmi CIMB Clicks https://www.cimbclicks.com.my
- Masukkan User ID Anda.
- Klik Login.
- Klik Yes, this is my SecureWord.
- Masukkan Password akaun Anda.
- Klik Login.
- Selepas Anda login, klik Pay&Transfer>Transfer Money.
- Masukkan Nombor Akaun Kereta Anda.
- Kemudian, klik To Other Banks.
- Masukkan Nama Bank.
- Pilih Instant Transfer.
- Pada Payment Type, klik Loans.
- Seterusnya, masukkan Jumlah yang akan dihantar.
- Pada Transaction Instruction, pastikan Anda masukkan nombor pendaftaran.
- Klik Transfer Money.
- Masukkan kod TAC yang dihantar ke nombor handphone Anda.
- Klik Confirm.
- Anda berjaya bayar loan kereta RHB, klik Print untuk bukti.
- Selesai.
Jika ada sebarang pertanyaan melalui RHB Bank Anda boleh menghubungi Customer Care Centre di 03-9206-8118.