Cara Tukar No Telefon Bank Rakyat
Cara Tukar No Telefon Bank Rakyat

Cara Tukar No Telefon Bank Rakyat Cawangan / Tele-Rakyat

Posted on

Mesti ramai yang rasa tertekan bila terpaksa tukar nombor telefon Bank Rakyat, terutama kalau nombor tu digunakan dalam urusan kewangan macam perbankan internet.

Tau lah, kadang-kadang kita kena tukar nombor telefon sebab pelbagai sebab, contohnya nombor lama kena curi, hilang, atau terpaksa tukar sebab dah tak aktif.

Tapi tak payah risau! Ada cara yang senang dan cepat untuk kemaskini nombor telefon Anda kat Bank Rakyat, jom ikuti step yang kami kongsi di bawah.

Cara Tukar No Telefon Bank Rakyat di Cawangan

Ikuti langkah-langkah di bawah ini:

  1. Sila pergi ke cawangan Bank Rakyat terdekat.
  2. Anda mesti membawa dokumen seperti Kad Pengenalan dan Buku Bank (Optional).
  3. Ambil nombor giliran dan tunggu sehingga nombor Anda dipanggil.
  4. Sila maklumkan kepada pegawai bank bahawa Anda mahu tukar nombor telefon lama dengan yang baru.
  5. Selepas itu tunggu beberapa minit, pegawai bank akan kemaskini no handphone Anda.
  6. Selesai.

Cara Tukar No Telefon Bank Rakyat Melalui Tele-Rakyat

Anda juga dapat mengemaskini melalui perkhidmatan Tele-Rakyat:

  1. Sila hubungi Tele-Rakyat di 1-300-80-5454
  2. Maklumkan kepada pegawai Bank Rakyat bahawa Anda ingin kemaskini no handphone lama dengan yang baru.
  3. Siapkan beberapa dokumen peribadi untuk kemaskini no telefon.
  4. Pihak bank Rakyat akan tanya mengenai maklumat peribadi Anda untuk proses pengesahan.
  5. Tunggu beberapa minit, kemaskini no handphone i-Rakyat berjaya dilakukan.

Cara Tukar Nombor Telefon Bank Rakyat Melalui Email

Anda dapat hantar mengenai tukar no handphone Anda ke emeil telerakyat@bankrakyat.com.my

Contoh Email:

Subjek: Kemaskini No Telefon Bank Rakyat Internet Banking
Isi Email: Saya ingin tukar no telefon internet banking lama dengan yang baru, berikut adalah maklumat peribadi saya:
Nama: Azzam Lutfhi
No Kad Pengenalan: 3734634672384509
No telefon lama: +603 62537382643
No telefon baru: +603 786513253790
Mohon segera kemaskini nombor telefon lama dengan yang baru

  • Jika Anda tidak ingat no handphone lama kerana no handphone Anda hilang, ruangan no telefon lama jangan diisi atau beri tanda (-)
  • Hantar salinan kad pengenalan melalui emel.
  • Pihak Bank Rakyat akan hubungi Anda untuk proses pertukaran no handphone dan pengesahan.
  • Mohon siap sedia menerima panggilana dari Bank Rakyat.

Itulah panduan cara kemaskini no telefon Bank Rakyat, semoga membantu.