Sekarang ini melakukan aktiviti apapun akan lebih mudah dengan adanya sokongan internet, perkhidmatan perbankan pun mengalami banyak perkembangan.
Salah satu bank yang menyediakan perkhidmatan perbankan terbaik di Malaysia iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN) menawarkan kemudahan bagi setiap pelanggan untuk mengetahui maklumat baki terkini secara real time, cepat dan pantas. BSN membuat portal perbankan myBSN yang boleh pelanggan gunakan untuk aktiviti perbankan seperti tranfser, top up, bayar bil dan banyak lagi.
Perlu Anda ketahui, bahawa aktiviti semak baki akaun sering diperlukan oleh sebahagian pelanggan untuk mengetahui maklumat baki terkini. Sekiranya Anda adalah seorang pelanggan Bank Simpanan Nasional dan ingin mengetahui maklumat baki akaun BSN, berikut kami berkongsi cara semak baki akaun BSN online.
Cara Semak Baki Akaun BSN Online
Sebelum Anda semak baki akaun BSN secara online, Anda perlu mendaftar sebagai pengguna terlebih dahulu. Sila baca panduan cara daftar BSN online, hanya perlu 5 minit sahaja untuk mendaftar.
Sekiranya Anda sudah mendaftar di myBSN, sila ikuti langkah di bawah:
- Lawati pautan https://www.mybsn.com.my
- Masukkan Username klik butang Login.
- Sahkan Security Image, klik butang Yes.
- Masukkan Kata Laluan akaun BSN Anda. Klik Login.
- Setelah Anda log masuk, pada paparan utama sila klik Account Overview.
- Baki akaun BSN Anda akan dipaparkan pada skrin.
- Selesai.
Sekiranya Anda terlupa username dan password BSN online banking, sila baca panduan dapatkan semula akses perbankan myBSN jika lupa username dan password BSN online.
Cara Check Baki Akaun BSN Melalui ATM
Langkah check baki akaun BSN melalui mesin ATM, Anda hanya perlu pergi ke ATM BSN terdekat. Sila ikuti langkah-langkahnya:
- Masukkan Kad ATM/Debit pada tempat yang tersedia.
- Pilih Bahasa Malaysia.
- Masukkan PIN kad ATM/Debit Anda sebanyak 6 digit.
- Seterusnya, pilih Pertanyaan yang tertera pada skrin.
- Baki akaun BSN Anda akan dipaparkan di skrin.
- Selesai.
Check Baki Akaun BSN Melalui SMS
Langkah semakan baki akaun BSN melalui SMS Banking ialah Anda mesti mempunyai nombor hanpdhone atau telefon bimbit yang telah berdaftar di BSN. Sekiranya nombor hanpdhone Anda belum berdaftar, sila ikuti panduan cara daftar BSN SMS banking di bawah:
Cara Daftar BSN SMS Banking
- Anda perlu pergi ke cawangan BSN dan daftarkan nombor handphone Anda.
- UAC (4 digit) akan diberikan kepada melalui cetakan pada borang SMP-1.
- Sekiranya pendaftaran berjaya dilakukan, Anda akan menerima SMS yang mengandungi M-PIN (6 digit) dan UAC (6 digit).
- Nombor UAC adalah untuk pendaftaran BSN SMS Banking.
- Nombor M-PIN adalah Mobile PIN, M-PIN akan terus Anda gunakan setiap kali Anda nak buat transaksi melalui BSN SMS banking. Nombor M-PIN ini sangat penting dan pastikan Anda tidak berkongsi dengan orang lain.
- Untuk makluman, nombor M-PIN dan nombor PIN ATM adalah berbeza.
- Untuk aktifkan perkhidmatan SMS Banking, Anda perlu hantar 1 SMS, sila taip ACT<jarak>M-PIN<jarak>6 digit UAC (4 digit M-PIN + 2 digit UAC) Contoh: ACT 123456 222321
- Hantarkan SMS tersebut ke 36898 atau 019-2866180 (Celcom), 017-3776180 (Maxis) dan 014-3386180 (DiGi)
- Setelah itu Anda akan menerima SMS yang menerangkan bahawa Anda telah berjaya mendaftar BSN SMS Banking.
Semak Baki BSN Melalui SMS
Jika Anda telah berjaya membuat pendaftaran BSN SMS Banking, Anda bolehlah membuat semakan baki BSN melalui SMS.
Untuk membuat semakan baki akaun BSN, Anda perlu hantar SMS dengan cara
Taip BAL<jarak>MPIN Contoh: BAL 232367 Hantar ke: 36898
SMS yang mengandungi maklumat baki akan dihantar ke nombor handphone Anda.
Transaksi BSN SMS Banking
Berikut senarai transaksi SMS Banking yang dapat Anda gunakan.
Transaksi | Kod Transaksi |
---|---|
Senarai Kod Top-Up | LIST(jarak)TOPUP(jarak)NILAI |
Pertanyaan Baki | BAL(jarak)mpin |
Pembayaran Bil | BILL(jarak)mpin(jarak)kod bil(jarak)no akaun bil(jarak)jumlah |
Bayaran Kad Kredit BSN | CARD(jarak)mpin(jarak)no kad kredit(jarak)jumlah |
Pemindahan Dana | TRF(jarak)mpin(jarak)akaun penerima(jarak)jumlah |
Pembelian PIN | PIN(jarak)mpin(jarak)kod khusus(jarak)no KP calon |
Kod Senarai Khusus | LIST(jarak)PIN |
Pembelian SSP | SSP(jarak)mpin(jarak)jumlah |
Tukar Bahasa | CHG(jarak)LANG(jarak)mpin(jarak)bahasa pilihan |
Pembelian Top-Up | TOPUP(jarak)mpin(jarak)kod toup(jarak)(no penerima) |
Kod Top-Up Bil | LIST(jarak)BIL |
Fi dan Caj SMS Banking
Adapun fi dan caj jika Anda melakukan transaksi menggunakan SMS banking.
SERVICES | CHARGE | DETAILS |
---|---|---|
Registration | Free | - |
Activation | Free | - |
Maintenance | Free for once a year | » Change language » Change M-PIN » Change HP No » Change Limit |
Maintenance | RM0.50 | For every subsequent transactions. |
Balance Enquiry | Free | One enquiry per month for free. |
Balance Enquiry | RM0.50 | For every subsequent enquiries in the same month. |
Prepaid Top-Up | RM0.25 | For every transaction. |
Fund Transfer | RM0.50 | For every transaction. |
Bill Payment | RM0.50 | For every transaction. |
PIN Purchase | RM0.50 | For every transaction. |
SSP Purchase | RM0.25 | For every transaction. |
BSN Credit CArd Payment | RM0.50 | For every transaction. |
Insufficient Balance | RM0.50 | For every unsuccessful transaction. |
Error Message Reply | RM0.25 | For every transaction. |
BSN : SMS Enquiry | RM0.25 | Enquiries on: » UPU Pin Purchase, Prepaid Top-Up and SSP Purchase format: » List of Bill Payment, UPU Pin Purchase, SSP Purchase and Prepaid Top-Up. |
Cara Semak Baki Akaun di Cawangan BSN
Cara terakhir untuk semak baki akaun BSN iaitu dengan pergi ke cawangan BSN terdekat. Anda dapat semak baki Anda dengan membawa buku simpanan BSN Anda.
Sila Anda pergi ke cawangan terdekat lalu minta pegawai BSN untuk cetak/print akaun simpanan (print out). Seterusnya, baki dan urus niaga Anda akan dicetak secara automatik pada buku bank.