Kini semua pembayaran kad kredit dan debit BSN akan diluluskan menggunakan PIN 6 digit mulai 1 Julai 2017. Anda dikehendaki untuk mengaktifkan kad kredit dan menetapkan PIN kad baharu sebelum Anda menggunakan.
Personal Identification Number (PIN) yang merupakan nombor keselamatan atau kod rahsia, PIN ATM dapat ditukar atau dikemaskini. Menukar PIN secara berkala dapat menjaga agar pemegang akaun sentiasa selamat dari kecurian dan jenayah.
Di bawah ini kami kongsikan beberapa cara tukar no PIN kad ATM BSN dengan mudah dan pantas.
Cara Tukar No PIN Kad ATM BSN Secara Online
Sila ikuti langkah-langkah menukar nombor PIN Kad ATM BSN:
- Lawati web rasmi BSN https://www.mybsn.com.my
- Masukkan Username akaun Anda, klik Login.
- Sahkan Security Image akaun Anda.
- Masukkan Password akaun Anda, klik Login.
- Selepas Anda log masuk, klik Manage Account>Credit Card Settings.
- Seterusnya, klik Nombor Kad Kredit.
- Klik Submit.
- Masukkan no PIN baru Anda pada New PIN.
- Pada Confirm PIN, masukkan sekali lagi no PIN baru Anda.
- Kemudian, klik Request OTP.
- Masukkan Kod OTP yang dihantar ke nombor handphone Anda melalui SMS.
- Tandakan YES pada kotak.
- Klik Submit.
- Anda akan menerima mesej selepas penetapan PIN Anda berjaya.
- Selesai.
Di perkhidmatan myBSN Anda boleh tukar password myBSN untuk keselamatan.
Cara Tukar No PIN Kad ATM BSN Melalui SMS
Sila gunakan nombor handphone yang didaftarkan dengan Bank:
- Taip BSNPIN<jarak>No.KP<jarak>4 digits akhir nombor Kad dan hantar ke 66300. Contoh: BSNPIN 906567898888 6543
- Terima PIN Sementara Anda untuk menerusi SMS
- Tukar PIN Sementara ke PIN Tetap Anda di ATM BSN terdekat (dalam tempoh 24 jam)
Seterusnya, Anda mesti pergi ke ATM BSN Terdekat, lalu ikuti langkah-langkah di bawah ini:
- Masukkan Kad ATM ke slot yang disediakan.
- Pilih Bahasa yang Anda inginkan.
- Masukkan PIN Sementara.
- Kemudian, klik Penukaran PIN.
- Masukkan PIN Tetap.
- Masukkan sekali lagi PIN ATM Baru untuk mengesahkan.
- Selesai.
PIN Sementara merupakan sah untuk tempoh 24 jam sahaja.
Sila kemaskini nombor telefon BSN sekiranya diperlukan.
Cara Tukar No PIN Kad ATM BSN Melalui Cawangan
Jika Anda ingin tukar no PIN kad ATM BSN melalui cawangan Anda mesti membawa dokumen iaitu:
- Kad Pengenalan Anda.
- Kad Kredit BSN Anda.
Selepas Anda memenuhi dokumen, sila bincangkan masalah Anda mengenai tukar no PIN dengan pegawai BSN.
Sekiranya ada sebarang pertanyaan mengenai Bank Simpanan Nasional Anda boleh hubungi Contact Centre BSN di 1 300 88 1900