Zaman sekarang ni, semua benda nak kena online termasuklah urusan bank. Daftar untuk HSBC online banking buat kali pertama mungkin nampak macam leceh dan memeningkan.
Tapi Anda jangan risau, sebenarnya proses daftar HSBC online banking ni lebih mudah daripada yang Anda sangka. Dengan panduan yang betul, Anda boleh buat dengan senang.
Kat sini, kami nak kongsikan langkah demi langkah untuk Anda boleh daftar dengan lancar dan guna semua kemudahan yang ditawarkan oleh perbankan online ni.
Cara Daftar HSBC Online Banking
Sila ikuti langkah-langkah cara daftar HSBC online banking di bawah ini:
- Lawati pautan rasmi HSBC https://www.hsbc.com.my
- Klik Register.
- Klik Register for Online Banking.
- Anda dapat memilih sahkan identitas dengan memilih pada tiga pilihan yang tertera.
- Klik Credit Card Number/Phone Banking Number/Debit Card Number.
- Masukkan Nombor Credit Card Anda pada ruangan yang tersedia.
- Sila jawab pertanyaan yang tertera. Klik Yes/No.
- Klik Register with your mobile.
- Masukkan Tarikh Lahir Anda.
- Masukkan 3 digit terakhir nombor telefon Anda Anda pada ruangan yang tersedia.
- Klik Continue.
- Sila masukkan 6 digit kod yang dihantar ke handphone melalui SMS.
- Klik Continue.
- Seterusnya, masukkan Username yang Anda inginkan.
- Pada Password, masukkan kata laluan yang Anda inginkan.
- Masukkan sekali lagi kata laluan pada Confirm Password.
- Klik Continue.
- Kemudian, sila pilih Security question.
- Serta isikan jawapan pada Security answer.
- Isikan semula Confirm security answer.
- Klik Continue.
- Sila baca Terms and Conditions, kemudian tick kotak kecil jika Anda setuju.
- Kemudian, klik Continue.
- Tahniah, kini Anda berjaya daftar HSBC.
Syarat Daftar HSBC Online Banking
Sebelum Anda mendaftar HSBC online banking, Anda perlu menyiapkan beberapa syarat iaitu:
- No Kad Debit, atau
- No Kad Credit, atau
- Phone banking number dan PIN
Setelah itu Anda perlu aktifkan kad debit/kad credit/phone banking dan PIN.
Cara Aktifkan Kad Credit dan PIN
Sila aktifkan dan siapkan PIN HSBC terlebih dahulu dengan cara:
- Hubungi hotline pengaktifan kad 24 jam HSBC: +603 8321 8999.
- Tekan 1 untuk mengaktifkan kad kredit. Ikut arahan yang diberikan dan aktifkan kad.
- Setelah Anda menyelesaikan langkah pengaktifan, tekan 2 untuk membuat PIN kad kredit Anda.
Cara Aktifkan Kad Debit dan PIN
- Hubungi hotline pengaktifan kad 24 jam HSBC: +603 8321 8999.
- Tekan 2 untuk PIN Kad Debit. Masukkan NRIC / Nombor Pasport Anda, diikuti dengan 4 digit terakhir nombor Kad Debit Anda.
- Kod keselamatan 6 digit akan dihantar ke nombor telefon bimbit Anda yang didaftarkan.
- Masukkan kod keselamatan 6 digit untuk menyelesaikan pembuatan PIN Anda. Masukkan PIN 6 digit baru, masukkan semula PIN untuk mengesahkan.
Cara Aktifkan Phone Banking dan PIN
- Hubungi talian hotline perkhidmatan telebanking HSBC di 1300 88 1388 atau 1300 88 9393 (pemegang akaun Premier).
- Untuk pelanggan Deposit HSBC, Anda akan diminta untuk memberikan butiran berikut: Nombor Kad Debit 16 digit atau nombor Kad Pengenalan (IC) dan PIN Kad Debit
- Untuk pelanggan Kad Kredit HSBC, Anda akan diminta untuk memberikan butiran berikut untuk tujuan pengesahan: Nombor Kad Pengenalan (IC)
Nota: Sekiranya Anda terlupa atau salah meletakkan nombor perbankan telefon Anda, sila hubungi pusat hubungan atau kunjungi cawangan terdekat HSBC untuk mendapatkan bantuan atau baca panduan cara tukar no telefon HSBC.
Cara Daftar HSBC Melalui Aplikasi Mobile Banking HSBC
Anda pun boleh daftar HSBC melalui Aplikasi Mobile Banking HSBC, aplikasi tersebut boleh di muat turun di Google Play Store atau AppStore secara percuma, selepas Anda muat turun, sila ikuti langkah-langkah sebagai berikut:
- Sila buka aplikasi HSBC Anda.
- Klik Not Registered for online banking.
- Klik kotak I accept the Terms & Conditions.
- Klik Continue.
- Sila sahkan identity Anda menggunakan Debit Card PIN/Credit Card PIN/Credit card number, date of birth & mobile number/Phone banking PIN.
- Klik Continue.
- Masukkan Username yang Anda inginkan (6-30 kata dan mengandungi abjad&nombor)
- Klik Continue.
- Masukkan Password yang Anda inginkan pada ruangan Create Password.
- Sahkan semula password pada ruangan Confirm Password.
- Klik Continue.
- Pada Choose a security question, masukkan soalan keselamatan.
- Seterusnya, klik Continue.
- Pada Answer security question, tentukan jawapan untuk soalan keselamatan.
- Pada ruangan Confirm Answer, sahkan jawapan tersebut.
- Klik Continue.
- Pada ruangan Enter your new 6-digit PIN.
- Anda akan terima SMS yang mengesahkan Mobile Secure Key Anda telah berjaya diaktifkan.
Sekiranya ada sebarang pertanyaan mengenai HSBC Anda boleh hubungi:
- Nombor panggilan tempatan: 1300 88 9393
- Nombor panggilan antarabangsa: +603 8321 5208
- Nombor panggilan antarabangsa (Call Collect): +603 8321 5222
- Waktu operasi: 24 jam
Itu sahaja perkongsian kali ini, semoga membantu. Untuk maklumat lain sila check artikel di bawah ini.