Cara tukar mo telefon HSBC boleh dilakukan dengan pelbagai cara, salah satunya iaitu melalui online banking. Perkara tukar nombor telefon lama dengan yang baru sering terjadi kerana pelbagai alasan seperti hilang handphone, nombor telefon lama tak aktif atau nombor telefon disekat.
Tapi tak perlu risau, sebab kami akan berkongsi langkah-langkah cara tukar nombor handphone HSBC online, cawangan bank dan melalui customer service. Sebelum kemaskini nombor telefon, Anda mesti sediakan IC/myKad/Kad Pengenalan untuk proses pengesahan dan nombor telefon baru.
Cara Menukar Nombor Telefon HSBC Online
Untuk mengemas kini nombor telefon melalui perbankan dalam talian HSBC, pastikan Anda mempunyai token fizikal. Ini penting untuk memastikan bahawa perubahan yang dibuat disahkan oleh Anda.
- Akses portal perbankan dalam talian HSBC https://www.hsbc.com.my
- Masukkan Username dan Passwod Anda.
- Setelah berjaya login, klik pada Personal Details.
- Pada bahagian Contact Details, klik Edit.
- Masukkan Nombor Telefon Baru Anda. Klik Continue.
- Request kod TAC/OTP.
- Masukkan kod TAC/OTP.
- Klik Update untuk menyelesaikan proses kemaskini.
Cara Menukar Nombor Telefon HSBC via Customer Service
Jika Anda tak punya masa untuk kemsakini no telefon di cawangan bank, Anda boleh hubungi customer service HSBC di 1300 88 1388, sila bagi tahu pegawai bank bahawa Anda ingin tukar nombor telefon HSBC lama dengan yang baru. Pegawai bank akan sentiasa membantu Anda.
Anda boleh menghubungi mana-mana nombor ini untuk menghubungi perkhidmatan pelanggan HSBC:
- HSBC Bank Malaysia
Antarabangsa: (+60) 383 21 5400
Tempatan: 1300 88 1388 - HSBC Amanah
Antarabangsa: (+60) 383 21 5200
Tempatan: 1300 80 2626 - HSBC Premier & Amanah Premier
Antarabangsa: (+60) 383 21 5208
Tempatan: 1300 88 9393
Antarabangsa (pungutan panggilan): (+60) 383 21 5222
Sila baca jugak cara tukar password HSBC online.
Cara Menukar Nombor Telefon HSBC via Branch
Selain menggunakan perkhidmatan HSBC online banking, Anda jugak boleh kemaskini nombor telefon HSBC kat cawangan HSBC. Anda perlu kena pergi ke cawangan bank atau menghadirkan diri. Sila bawa kad pengenalan (untuk proses pengesahan ahli) dan nombor telefon baru, setelah itu pegawai bank akan berikan borang kemaskini untuk Anda isikan.
Itulah senarai cara tukar no telefon HSBC Bank, sila pilih cara kemaskini nombor telefon HSBC yang paling mudah.