IBG Transfer RHB Bank Berapa Hari
IBG Transfer RHB Bank Berapa Hari

IBG Transfer RHB Berapa Hari Masuk Akaun Penerima

Posted on

Anda mesti penasaran kan, bila IBG transfer RHB ni masuk akaun penerima?

IBG Transfer RHB Bank adalah salah satu cara yang mudah untuk Anda pindahkan duit antara akaun bank.

Tapi, satu soalan yang selalu menghantui Anda mungkin adalah, berapa lama proses ni akan ambil masa?

Sebelum kita berlanjut, ada baiknya kita fahami terlebih dahulu apa itu IBG Transfer.

Apa Itu IBG Transfer RHB

IBG Transfer RHB (Interbank Giro) ni sebenarnya satu cara untuk kita pindahkan duit dari akaun bank kita ke akaun bank lain.

Contohnya, Anda ada akaun RHB Bank, tapi nak hantar duit ke akaun orang yang ada akaun di bank lain, macam Maybank ke atau CIMB ke, IBG Transfer ni jadi pilihan yang senang dan mudah.

Jadi, macam mana IBG Transfer ni berfungsi? Senang je, Anda perlu pergi ke cawangan RHB Bank atau guna perbankan dalam talian (online banking).

Lepas tu, Anda isi butiran penerima seperti nombor akaun bank dia, nama penuh dia, dan jumlah duit yang Anda nak hantar. Pastu, Anda bayar caj untuk urusan ni.

Selepas Anda hantar transfer tu, duit tu akan bergerak dari akaun RHB Anda ke akaun penerima kat bank lain.

Biasanya, proses ni akan mengambil masa antara 1 hingga 2 hari bekerja untuk sampai ke akaun penerima.

Jadi, IBG Transfer RHB ni memang cara yang memudahkan kita untuk hantar duit ke bank lain tanpa perlu pergi sendiri ke bank tu.

Kelebihan IBG Transfer

Berikut ni ialah beberapa kelebihan IBG transfer RHB:

  • Tak perlu pening kepala. Prosesnya senang je. Tak kisah la Anda guna ATM, online banking, atau mobile app, semua boleh buat IBG transfer.
  • Kos untuk buat IBG transfer ni biasanya lebih murah berbanding servis lain macam Telegraphic Transfer (TT). Jadi, jimat sikit la.
  • Meskipun tak secepat Instant Transfer, IBG transfer ni masih pantas. Duit Anda akan sampai dalam masa yang munasabah.

Berapa Lama Nak Sampai

Ni la soalan utama Anda takkan nak tunggu berhari-hari kan? Jadi, mari kita bongkar rahsia.

  • Dalam majoriti kes, IBG transfer RHB Bank akan ambil masa dalam 1 hari bekerja untuk sampai ke akaun penerima. Jadi, kalau Anda transfer hari Isnin, penerima dapat duit selasa la.
  • Ingat, IBG transfer ni cuma beroperasi pada hari bekerja je. Jadi kalau Anda transfer hujung minggu, cuti umum, atau cuti panjang, kena sabar la sikit.
  • Kalau Anda transfer masa public holiday, duit tu akan tergendala sampai hari bekerja berikutnya. Jadi, jangan terkejut kalau lambat sampai.

Cara Guna IBG Transfer RHB Online

Nak buat IBG transfer RHB ni senang je. Ikut langkah-langkah ni:

  1. Log masuk ke akaun online banking RHB Bank Anda.
  2. Pilih menu untuk buat Funds Transfer.
  3. Pilih IBG Transfer.
  4. Isi maklumat penerima: nombor akaun, nama bank, dan jumlah duit yang nak dihantar.
  5. Verify maklumat tu betul-betul sebelum proceed.
  6. Kalau semuanya okay, tekan Submit.
  7. Tunggu duit sampai ke akaun penerima dalam masa 1 hari bekerja.

Jadual IBG Transfer RHB

Berikut ni ialah jadual berlangsung nya IBG transfer RHB Bank:

Waktu TransaksiWang DiterimaBayaran Balik Untuk Transaksi Yang Tidak Berjaya
(IBG Transfer)MasaHariMasaHari
Sebelum jam 5.00 pagi11.00 pagiHari yang sama5.00 petangHari yang sama
5.01 pagi – 8.00 pagi2.00 petangHari yang sama8.20 malamHari yang sama
8.01 pagi – 11.00 pagi5.00 petangHari yang sama11.00 malamHari yang sama
11.01 pagi – 2.00 petang8.20 malamHari yang sama11.00 pagiHari bekerja seterusnya
2.01 petang – 5.00 petang11.00 malamHari yang sama11.00 pagiHari bekerja seterusnya
Selepas 5.00 petang11.00 pagiHari bekerja seterusnya5.00 petangHari bekerja seterusnya

IBG Transfer RHB Berapa Hari Masuk Akaun Penerima

Sekiranya Anda bertanya berapa lama duit masuk guna IBG transfer, jawapannya boleh dilihat pada jadual diatas.

Contoh : Anda membuat pindahan duit dengan menggunakan ibg transfer RHB ke Bank Islam pada jam 11:00 pagi di hari Isnin, maka duit tersebut akan masuk pada hari yang sama yaitu Isnin juga.

Sila tunggu masa 1 sampai 4 jam, lalu sila melakukan semak baki akaun Bank Islam online untuk pastikan duit tersebut sudah masuk atau belum.

Anda juga perlu semak baki akaun RHB secara online untuk melihat baki akaun terkini.

Bagaimana jika membuat pindahan duit jam 5:00 petang pada hari Isnin? kemungkinan duit tersebut akan masuk esok hari (selasa) ke rekening.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan mengenai IBG Transfer RHB Anda boleh hubungin Customer Care RHB bank 03-9206 8118.