Masalah yang sering dihadapi oleh ramai orang ialah proses untuk transfer duit dari Bank Muamalat ke bank lain.
Tambah lagi, bila nak transfer duit ni, tak boleh la main teka-teki, kan? Kena pastikan semua maklumat betul, takut nanti salah alamat, lepas tu duit hilang entah ke mana.
Mungkin Anda pernah dengar kisah orang yang salah transfer duit, pastu susah nak trace balik. Memang jadi satu masalah besar la.
Lagi-lagi kalau duit yang Anda nak transfer tu banyak, memang la kena double-check banyak kali.
Sekarang kami nak kongsi cara paling senang untuk transfer duit dari Bank Muamalat ke bank lain dengan menggunakan servis online banking dan ATM.
Cara Transfer Duit Guna i-Muamalat Mobile App
Sila ikuti langkah-langkah di bawah ni:
- Sila buka app i-Muamalat Anda.
- Log masuk ke akaun Anda, dengan masukkan Username dan Password.
- Klik Transfer Dana.
- Pada Akaun Penerima, pilih Bank Penerima yang akan dituju.
- Selepas itu, masukkan Nombor Akaun pada ruangan yang tersedia.
- Klik Teruskan.
- Isikan pada Nama Panggilan penerima.
- Tick pada kotak Simpan butiran ini ke senarai penerima.
- Isikan Maklumat Penerima. Klik Teruskan.
- Sila masukkan Jumlah yang akan dihantar.
- Sila pilih Jadual Transfer dan Metode Transfer.
- Isikan Berita (optional)
- Isikan PIN Mobile Banking
- Klik Teruskan.
- Resit transfer akan dipaparkan di skrin.
- Selesai.
Sekarang semak baki akaun Bank Muamalat Anda untuk melihat baki terkini. Sekiranya Anda transfer duit menggunakan kaedah IBG transfer.
Boleh baca artikel IBG transfer Bank Muamalat berapa hari agar Anda tak risau jika wang belum masuk ke akaun penerima.
Cara Transfer Duit Bank Muamalat ke Bank Lain di ATM
Transfer duit boleh dilakukan melalui mesin ATM, berikut langkah-langkahnya:
- Sila pergi ke ATM Bank Muamalat terdekat.
- Masukkan Kad ATM pada slot yang tersedia.
- Sila pilih Bahasa Malaysia.
- Masukkan PIN Kad ATM Anda.
- Klik Teruskan.
- Kemudian, klik Pindahan Wang.
- Klik Akaun Bank Lain (MEPS)
- Seterusnya, klik Ya.
- Sila pilih Jenis Akaun bank penerima.
- Klik Semasa/Simpanan.
- Akan dipaparkan mengenai Caj, klik Teruskan.
- Terdapat Senarai Kod, sila pilih bank yang akan Anda hantar, lalu taip kod bank tersebut.
- Klik Sahkan.
- Sila masukkan Nombor Akaun penerima, klik Tekan jika betul.
- Masukkan Jumlah yang akan dihantar, klik Tekan jika betul.
- Periksa terlebih dahulu maklumat transfer Anda, klik Tekan jika Ya.
- Jika Anda mahu meneruskan transfer klik Ya, jika tidak meneruskan, klik Tidak.
- Sila ambil Kad ATM Anda dan resit sebagai bukti.
- Selesai.
Cara IBG Transfer Bank Muamalat
Jika Anda ingin gunakan IBG transfer untuk pemindahan dana ke bank lain, sila ikuti langkah-langkah ini.
- Log masuk i-muamalat.
- Pilih menu Transfer > Fund Transfer > To 3rd Party Other Bank
- Pilih akaun yang ingin Anda pindahkan.
- Pilih Transfer Type IBG
- Pilih Nombor Akaun Penerima Anda untuk transaksi Kegemaran atau Masukkan Nombor Akaun Penerima dan Nama Penerima untuk transaksi Bukan Kegemaran
- Masukkan nombor kad pengenalan yang betul jika Anda memilih pilihan YES.
- Masukkan Butiran Pembayaran Anda dan klik butang Submit.
- Sahkan maklumat (Edit jika perlu). Anda akan menerima Transaction Authorization Code (TAC) melalui SMS. Kemudian, klik Confirm untuk meneruskan.
- Dah siap! Pemindahan Anda berjaya. Klik Print untuk menyimpan rekod atau OK untuk menyelesaikan.
Jika ada sebarang pertanyaan mengenai Bank Muamalat, Anda boleh menghubungi Customer Care Bank Muamalat yang beroperasi 24 jam setiap hari (termasuk Cuti Umum) Panggilan dari Tempatan/Luar Negara: +603-2600-5500.





