Cara Aktifkan Semula Akaun CIMB
Cara Aktifkan Semula Akaun CIMB

Cara Aktifkan Semula Akaun CIMB Dorman / Ditutup

Posted on

Semasa Anda mendapat kesukaran kewangan, mungkin Anda perlu menutup akaun bank Anda untuk mengelakkan caj yang dikenakan oleh bank.

Namun, setelah keadaan kewangan Anda dah stabil semula, Anda mungkin ingin mengaktifkan semula akaun bank tersebut.

Jika Anda mempunyai akaun bank CIMB yang telah ditutup atau dorman dan ingin mengaktifkannya semula, dalam perkongsian kali ini kami akan memberikan panduan mudah langkah demi langkah tentang cara pengaktifan semula akaun CIMB Anda.

Cara Aktifkan Semula Akaun CIMB Dorman atau Ditutup

Di bawah ini adalah perbezaan akaun dorman dan akaun ditutup.

Akaun Dorman

Akaun dorman adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan akaun bank yang telah tidak aktif atau tidak digunakan untuk jangka masa yang panjang.

Biasanya akaun ini tidak mempunyai transaksi atau baki wang dalam jangka waktu tertentu contoh 6 bulan atau lebih.

Akaun dorman akan ditutup oleh bank jika pemegang akaun tidak membuat sebarang transaksi dalam tempoh yang ditetapkan atau jika baki dalam akaun telah habis atau tidak mencukupi.

Pemegang akaun yang ingin menggunakan semula akaun tersebut perlu mengaktifkan semula akaun tersebut dengan menghubungi bank atau melawat cawangan bank terdekat.

Macam mana nak tahu akaun kita dorman atau pun sudah ditutup?

Jika Anda mempunyai akses CIMB Clicks, Anda boleh semak status akaun Anda di bahagian My Accounts. Anda juga boleh menghubungi Pusat Panggilan CIMB di 03 62047788 untuk membuat pengesahan dan semakan maklumat akaun Anda.

Cara Pengaktifkan Akaun Dorman

Cara untuk mengaktifkan semula akaun CIMB dorman adalah dengan melawat cawangan CIMB terdekat. Di sini, Anda perlu berjumpa dengan pegawai bank dan meminta bantuan untuk mengaktifkan semula akaun CIMB Anda. Setelah itu, ikuti arahan berikut:

  1. Berikan maklumat peribadi Anda seperti nama penuh, nombor telefon bimbit dan nombor akaun bank CIMB Anda.
  2. Sila bawa MyKad / Pasport asal Anda, Kad CIMB ATM / Debit (jika ada) dan CIMB Passbook (jika ada) untuk tujuan pengesahan.
  3. Maklumkan bahawa Anda ingin mengaktifkan semula akaun CIMB Anda yang telah ditutup atau dorman.
  4. Pegawai bank akan memeriksa sama ada ada caj tertunggak atau ada pembekuan ke atas akaun Anda.
  5. Ikuti arahan pegawai bank untuk menyelesaikan proses pengaktifan semula akaun CIMB Anda.
  6. Selesai.

Kalau account jadi tidak aktif walaupun sudah sering di gunakan, Anda tak perlu risau. Sila hubungi Pusat Panggilan CIMB di talian 03 62047788 bagi semakan lanjut berhubung status akaun Anda.

Lepas tu, kami nasihatkan Anda untuk segara aktifkan kad debit CIMB untuk CIMB Click.

Akaun Ditutup

Akaun ditutup adalah apabila akaun bank dihentikan sama sekali oleh bank atau pemilik akaun sendiri. Akaun boleh ditutup secara sukarela oleh pemilik akaun jika mereka memutuskan untuk berpindah ke bank lain atau tidak lagi memerlukan akaun tersebut.

Selain itu, bank juga boleh menutup akaun jika terdapat aktiviti yang mencurigakan, akaun tidak aktif untuk jangka masa yang lama atau jika pemilik akaun tidak mematuhi syarat dan terma yang telah ditetapkan oleh bank.

Kalau akaun dah ditutup, pemilik akaun tidak lagi mempunyai akses kepada baki wang atau sebarang transaksi yang berkaitan dengan akaun tersebut. So pastikan bahawa semua urusan kewangan telah diselesaikan sebelum akaun ditutup.

Sebelum menutup akaun, disyorkan agar pemilik akaun berjumpa dengan pihak bank untuk mendapatkan nasihat dan memastikan bahawa mereka mempunyai pengetahuan yang mencukupi mengenai proses penutupan akaun dan tindakan yang perlu diambil.

Jika akaun Anda telah ditutup, sila maklum ia tidak boleh diaktifkan semula. Jika Anda ingin membuka akaun baru, kelulusan pembukaan akaun adalah bergantung kepada pihak bank.