Hari ini saya tak boleh login perkhidmatan perbankan online PBe/internet banking Public Bank, apa perlu buat?
Lupa User ID dan Password Public Bank online boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Bagi Anda pelanggan Public Bank yang mendapat masalah tersebut tak perlu risau, sebab kami akan berkongsi cara dapatkan semula akses login PBe Anda secara cepat dan pantas.
Sila ikuti panduan cara reset User ID dan Password Public Bank online di bawah ini.
Lupa User ID Public Bank Online
Jika Anda lupa username/user ID Public Bank online banking PBe, cara yang mesti Anda lakukan iaitu gunakan fitur reset password agar Anda dapat buat User ID baru dan password baru.
Kami telah sediakan cara reset password guna ID sementara dan reset password guna kad ATM/Debit/Kredit Public Bank.
Reset Password Public Bank Online Guna Temporary ID
Sebelum reset password PBe menggunakan cara ini, pastikan Anda sudah mempunyai User ID dan Password sementara yang boleh Anda dapatkan di Branch.
- Lawati laman pbebank.com
- Klik Login > PBe.
- Klik Reset Password.
- Pilih Reset using a Temporary ID and Password.
- Masukkan Temporary ID dan Temporary Password yang telah Anda dapatkan di Branch Public Bank.
- Masukkan Security Code, klik Next.
- Masukkan User ID baru pada ruangan New User ID.
- Masukkan Kata Laluan baru pada ruangan New Password
- Masukkan lagi Kata Laluan Anda pada ruangan Confirm New Password.
- Pilih Memorable Question lalu masukkan jawapan Anda pada ruangan Memorable Answer.
- Masukkan Personal Login Pharse (kata keselamatan).
- Masukkan alamat emel Anda.
- Klik Next.
- Check kod PAC di handphone Anda.
- Masukkan kod PAC, klik Next.
- Tahniah, sekarang Anda boleh log masuk akaun PBe lagi.
Tidak mendapat kod PAC semasa reset password? Sila baca cara tukar no telefon Public Bank Anda.
Sekiranya Anda mempunyai kad ATM/debit/kredit Anda boleh reset password Anda menggunakan cara di bawah.
Reset Username dan Password PBe Internet Banking
Anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah berikut untuk dapatkan semula hak akses internet banking Public Bank online Anda.
- Layari halaman PBe https://www.pbebank.com
- Klik Login > PBe.
- Pilih Reset Password.
- Anda harus mempunyai token SecureSign atau nombor telefon bimbit berdaftar untuk PAC.
- Pastikan anda juga mempunyai kad ATM.
- Pilih Reset using your Account Number or ATM / Debit / Credit Card Number.
- Lengkapkan data yang diperlukan, seperti no kad ATM, nombor IC, dan ID Pengguna.
- Masukkan Security Code.
- Kemudian tekan butang Next.
- Buat kata laluan baru atau Password.
- Isikan Memorable Question, Memorable Answer, Personal Login Phrase dan Email Address.
- Lalu klik Next.
- Kemudian klik Request for PAC Now.
- PAC akan dihantar melalui SMS.
- Masukkan pada ruangan yang disediakan klik Next.
- Anda telah berjaya menukar kata laluan lama dengan yang baru.
- Klik Login to PBe untuk masuk ke akaun PBe anda, dengan kata laluan baru.
Untuk mengelakkan terlupa kata laluan Anda, Anda dinasihatkan untuk menyimpan/catat kata laluan di buku. Sekarang sila cuba login Public Bank online banking Anda untuk pastikan bahawa Anda dapat log masuk semula.
Cara Reset Password Public Bank via ATM
Selain sistem dalam talian, anda juga boleh menetapkan semula kata laluan anda di ATM yang lebih baik daripada ATM terdekat. Berikut adalah langkah-langkah untuk melakukannya:
Nota: Anda hanya boleh melakukan tetapan semula dalam talian hanya jika anda telah mendaftarkan nombor handphone (nombor Malaysia) anda ke bank. Sekiranya belum, anda tidak dapat mengakses PAC. Dan sistem ini hanya boleh dilakukan untuk Akaun Peribadi.
Cara Tukar Password PBe via Pbebank.com
Jika Anda ingin menukar lagi password PBe, Anda boleh menukar kata laluan melalui laman Profile Maintenance. Berikut langkah-langkahnya.
- Log masuk akaun PBe anda.
- Pilih Profile Maintenance.
- Pilih Manage Profil.
- Kemudian pilih Reset Password.
- Selesai.
Itulah perkongsian cara dapatkan semula maklumat user ID dan password Public Bank online Anda, semoga perkongsian diatas dapat membantu Anda.