Cara Daftar Public Bank Online
Cara Daftar Public Bank Online

Cara Daftar Public Bank Online

Posted on

Macam mana cara daftar Public Bank online? Jika Anda adalah pelanggan Public Bank dan ingin register Public Bank online untuk keperluan transaksi atas talian, ada beberapa hal yang mesti Anda ketahui.

Perkhidmatan Public Bank online dikenali sebagai PBe hanya dapat dibuat semasa pelanggan berada di Malaysia. Selain itu pelanggam mestilah berumur 18 tahun dan memiliki salah satu daripada salah satu produk Public Bank, iaitu akaun simpanan, akaun semasa, pinjaman atau sewa beli, dan kad kredit.

Berikut kami kongsikan langkah-langkah cara buat Public Bank online.

Syarat Daftar PBe Online

Ada beberapa syarat yang mesti sedia ada untuk mendaftar perkhidmatan perbankan internet banking Public Bank.

  • Anda adalah pelanggan Public Bank.
  • Mempunyai nombor telefon yang telah berdaftar di Public Bank.
  • Mempunyai User ID yang diperoleh melalui ATM Public Bank.

Seperti yang dinyatakanan diatas, syarat wajib untuk mendaftar perbankan Public Bank online banking adalah Anda mestilah pelanggan Public Bank yang aktif dan mempunyai User ID sementara.

Cara Dapatkan User ID Public Bank Online di ATM

Nombor telefon Anda mestilah berdaftar kat sistem Public Bank, berikut langkah-langkah cara daftar no telefon Public Bank dan cara buat User ID.

  1. Sila pergi ke mana-mana mesin ATM Public Bank terdekat.
  2. Masukkan ATM dan PIN
  3. Pilih Other Service
  4. Pilih Register Internet Banking
  5. Di skrin ATM Anda akan nampak notis, bahawa User ID untuk login pertama kali akan terpapar di slip yang akan tercetak di mesin ATM. Tekan Press to Continue
  6. Masukkan No Telefon Anda.
  7. Masukkan 6 Digit PIN.
  8. Sila ambil resit untuk rujukan, semasa daftar PBe.

Cara Dapatkan User ID Public Bank Online di Branch

Untuk dapatkan User ID dan 6 digit PIN di cawangan atau kaunter bank, Anda hanya perlu isi borang permohonan ini selengkapnya dan serahkan kepada pegawai bertugas di kaunter untuk menyiapkan permohonan anda.

Cara Daftar Public Bank First Time Login

Setelah Anda mendapatkan User ID dan 6 digit PIN, ikuti langkah-langkah di bawah ini.

  1. Lawati laman pbebank.com
  2. Klik Login to PBe
  3. Masukkan User ID yang Anda dapatkan dari resit mesin ATM atau SMS. Klik Next.
  4. Masukkan 6 digit PIN yang telah Anda buat semasa di mesin ATM.
  5. Klik Login
  6. Selepas log masuk, sila baca terma dan syarat, klik Accept.
  7. Masukkan User ID baru
  8. Masukkan Password Baru dan sahkan semula Password Baru.
  9. Pilih Memorable Question, isikan jawapan Anda.
  10. Masukkan kata keselamatan yang Anda inginkan pada ruangan Personal Login Pharse (PLP).
  11. Masukkan alamat emel Anda.
  12. Klik Submit
  13. Sistem Public Bank akan proses maklumat yang telah Anda masukkan, sila tunggu 2 sehingga 10 minit.
  14. Sistem Public Bank akan berikan mesej berjaya pada skrin.

Sila cuba login Public Bank online untuk pastikan bahawa Anda boleh log masuk sistem.

Jika Anda lupa 6 digit PIN, sila klik Forgot Password. Selepas itu:

  1. Masukkan User ID Reset Password Public Bank First Time Login
  2. Masukkan No IC/Passport/Business Registration
  3. Masukkan No kad ATM dan Security Code
  4. Klik Submit

Pada internet banking Public Bank ini, Anda boleh semak baki akaun Public Bank secara online untuk mengetahui baki akaun terkini.

Register Public Bank Online Guna ID Sementara

Setelah Anda mendapatkan User ID dan no telefon Anda berjaya di daftarkan, sila ikuti langkah-langkah di bawah ini.

  1. Layari website PBe Online di https://www.pbebank.com
  2. Klik Login di sudut kanan atas skrin.
  3. Pada menu New to PBe, Klik Register.
  4. Anda harus mempunyai token SecureSign atau nombor telefon bimbit berdaftar untuk PAC.
  5. Pastikan anda juga mempunyai kad ATM anda.
  6. Pilih Register with a temporary ID and Password.Register Akaun Public Bank Internet Online Banking
  7. Lengkapkan data yang diperlukan, termasuk nombor kad ATM, nombor IC, dan juga ID Pengguna.
  8. Berikan kod keselamatan. Ia mesti ada di skrin.
  9. Kemudian tekan butang Next.Register Akaun Public Bank Internet Banking
  10. Berikan kata laluan baru atau Password.
  11. Isikan Memorable Question, Memorable Answer, Personal Login Phrase dan Email Address.
  12. Lalu Klik Next. Register Akaun Public Bank Online Banking
  13. Kemudian klik pada pilihan Request for PAC Now.
  14. PAC akan dihantar melalui SMS.
  15. Setelah anda menerimanya, masukkan pada slot yang disediakan dan kemudian pilih Next. Register Akaun Public Bank Online Internet Banking
  16. Anda sudah selesai.Register Akaun Public Bank Online
  17. Proses register anda telah berjaya.

Itulah beberapa langkah cara daftar akaun Public Bank online banking. Setelah Anda mempunyai akaun PBe online, anda dapat melakukan pelbagai transaksi dimana sahaja dan pada bila-bila masa.