Cara Tukar Password UOB Online
Cara Tukar Password UOB Online

Cara Tukar Password UOB Online

Posted on

Macam mana cara tukar password UOB online banking? United Overseas Bank (UOB) telah berkembang dengan kuat dan bertumbuh tinggi. Kini UOB menjadi bank terkemuka di Asia dan mempunyai rangkaian lebih dari 500 pejabat di 19 negara dan wilayah di Asia Pasifik, Eropah Barat dan Amerika Utara.

UOB Malaysia mempunyai 45 cawangan di seluruh negara dan mempunyai cawangan terbesar dari mana-mana bank asing yang beroperasi di Malaysia dan UOB juga menawarkan pelbagai produk dan penyelesaian yang paling sesuai dengan gaya hidup, pilihan dan kitaran hidup perniagaan mereka.

Perkhidmatannya terdiri dari perbankan korporat dan komersial, perbankan pelaburan dan perkhidmatan perbendaharaan hingga pengurusan kekayaan.

Demi keselamatan terbaik bagi akaun UOB internet banking Anda, UOB menggalakkan Anda untuk menukar kata laluan secara berkala. Berikut kami kongsikan cara tukar password dan cara reset password UOB online banking Anda.

Cara Tukar Password UOB Online

Untuk menukar kata laluna UOB online banking atau biasa dikenali Personal Internet Banking (PIB), sila ikuti langkah-langkah di bawah ini:

  1. Lawati pautan rasmi UOB https://pib.uob.com.my
  2. Masukkan Username akaun Anda.
  3. Klik Submit.
  4. Sahkan Secret Word Anda. Secret Word dan Password UOB
  5. Masukkan Password Anda pada ruangan yang tersedia.
  6. Klik Login.
  7. Selepas Anda login, klik nama Anda di sudut kiri atas skrin.
  8. Pilih Change Password.
  9. Masukkan Password baru Anda.
  10. Sahkan sekali lagi Password Anda.
  11. Ikuti arahan seterusnya sampai selesai.
  12. Tahniah, Anda berjaya tukar password akaun Anda.

Cara Reset Password UOB Online

Langkah cara reset password UOB bagi Anda yang terlupa kata laluan:

  1. Lawati pautan rasmi UOB https://pib.uob.com.my
  2. Klik Forgot Username/Password. Forgot Username Password UOB
  3. Pada Identifications Number Type, pilih ID Type Anda. Maklumat Forgot Password
  4. Pada Identification number, masukkan kad pengenalan/nombor passport/Police id/millitary ID.
  5. Pada ID Issuing Country, sila pilih negara Anda.
  6. Masukkan Alamat Email Anda pada ruangan yang disediakan.
  7. Masukkan Date Of Birth Anda.
  8. Isikan Introducer detail/Introducer Branch(optional)
  9. Tick kotak terma dan syarat, klik Next.
  10. Seterusnya, pastikan nombor handphone itu milik Anda.
  11. Klik Next.
  12. Masukkan Kod OTP yang dihantar ke handphone Anda melalui SMS.
  13. Klik Next.
  14. Pada New Password, masukkan kata laluan baru Anda.
  15. Pada Confirm Password, masukkan sekali lagi kata laluan baru Anda.
  16. Klik Confirm.
  17. Kini Anda dapat login menggunakan kata laluan baru Anda.
  18. Tahniah, Anda berjaya reset kata laluan UOB.

Bagi Anda yang ini kemaskini no telefon UOB lama dengan yang baru, boleh baca panduan cara tukar no telefon UOB.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan mengenai UOB Anda boleh hubungi Call Centre di:

  • Kuala Lumpur: (6) 03-26128 121
  • Penang: (6) 04-2401 121
  • Johor Bahru: (6) 07-2881 121
  • Kuching: (6) 082-082-287 121
  • Kota Kinabalu: (6) 088-477 121

Itulah panduan cara tukar kata laluan UOB online Personal Internet Banking (PIB), semoga perkongsian diatas dapat membantu Anda.