Semak Baki Akaun UOB Online
Semak Baki Akaun UOB Online

Semak Baki Akaun UOB Online

Posted on

Personal internet banking UOB (PIB) sangat berguna dan dapat memudahkan pelanggan melakukan transaksi secara online, pelanggan dapat melakukan perlbagai transaksi seperti pembayaran bil, transfer ke bank lain, topup, bayar loan atau semak baki akaun UOB online.

Sekarang ini ramai orang yang ingin mengetahui baki akaun terkini agar tahu pasti berapa duit yang ada di dalam akaun. Kini Anda dapat check baki akaun UOB dengan mudah iaitu hanya dengan menggunakan peranti handphone/laptop/komputer dan sambungan internet. Perlu diketahi bahawa perkhidmatan PIB online banking dapat di akses dimanapun dan pada bila-bila masa.

Jadi macam mana cara semak baki akaun UOB online? Berikut kami kongsikan cara check baki akaun UOB Bank dengan mudah dan pantas.

Semak Baki Akaun UOB Melalui Aplikasi UOB Mighty

Sila ikuti langkah-langkah cara semak baki akaun melalui Aplikasi UOB Mighty, yang perlu Anda lakukan iaitu, Anda mesti muat turun aplikasi UOB Mighty di Appstore atau Google Play Store, setelah itu sila buat pendaftaran.

Jika sudah selesai mendaftar, lakukan langkah-langkah di bawah:

  1. Sila buka aplikasi UOB Mighty Anda.
  2. Masukkan Username dan Password.
  3. Klik Login.
  4. Anda akan dibawa ke laman utama selepas klik login.
  5. Klik Accounts.
  6. Scroll ke bahagian bawah untuk melihat baki akaun Anda.
  7. Maklumat baki Anda akan dipaparkan secara detail.

Check Baki Akaun UOB Melalui Online

Selain melalui Aplikasi UOB Mighty, Anda boleh check baki akaun melalui laman web:

  1. Lawati pautan rasmi UOB https://pib.uob.com.my
  2. Masukkan Username pada ruangan yang tersedia, klik Submit.
  3. Tick Yes, jika itu Secret Word Anda.
  4. Masukkan Password Anda pada ruangan yang tersedia.
  5. Klik Login.
  6. Pada bahagian kiri selepas login, Klik Overview.
  7. Seterusnya, Klik Account Sumary.
  8. Maklumat baki akaun Anda akan dipaparkan secara details.

Cara Check Baki Akaun UOB Online Melalui ATM

Panduan cra check baki akaun UOB online melalui ATM:

  1. Lawati ATM UOB terdekat.
  2. Masukkan Kad ke dalam slot yang disediakan.
  3. Masukkan Nombor PIN Kad Anda.
  4. Sila pilih Bahasa.
  5. Pilih menu Savings Account/Pertanyaan Baki.
  6. Maklumat baki akaun Anda akan dipaparkan secara details.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan mengenai UOB Anda boleh hubungi pada call centre UOB di:

  • Kuala Lumpur:(6) 03 – 26128 121
  • Penang: (6) 04 – 2401 121
  • Johor Bahru (6) 07 – 2881 121
  • Kuching (6) 082 – 082-287 121
  • Kota Kinabalu (6) 088 – 477 121

Itulah panduan cara semak baki akaun UOB Bank secara online, ATM dan melalui aplikasi UOB Mighty.