Saya pelanggan bank MBSB nak tahu bagaimana cara daftar online banking? MBSB Bank merupakan salah satu bank terbaik di Malaysia yang menjalankan perniagaan perbankan Islam. MBSB Bank menawarkan pelbagai produk perbankan seperti Akaun Simpanan, Akaun Semasa, Deposit Bertempoh, Pembiayaan Peribadi, Pembiayaan Hartanah dan banyak lagi.
MBSB Bank menyediakan perbankan internet yang dikenali MBSB online atau M Journey.
Izinkan kami kongsikan langkah-langkah cara daftar MBSB online banking M Journey di bawah.
Apa Itu M Journey
M Journey adalah perkhidmatan perbankan internet MBSB yang mudah, praktikal, selamat dan senang digunakan. Pelanggan yang tidak mempunyai M Journey boleh mendaftar secara online.
Perkhidmatan MBSB Online (M Journey)
Apa sahaja perkhidmatan yang disediakan MBSB Online Banking. Berikut adalah senarai perkhidmatan yang boleh Anda nikmati di MBSB online banking.
- DuitNow
- Financing Payment
- Foreign Funds Transfer (FTT)
- Intrabank Transfer
- Interbank GIRO (IBG)
- Pay to Account (Instant Transfer)
- JomPAY
- Term Deposit-i Placement
- Term Deposit-i Withdrawal
- Reload MBSB Bank e-wallet
Syarat Daftar MBSB Online
Untuk pendaftaran kali pertama, Anda mestilah sediakan:
- Pemegang akaun MBSB
- Nombor kad debit atau kredit.
- PIN kad debit atau kredit.
- No telefon yang telah didaftarkan.
Cara Daftar MBSB Online Banking
Anda boleh daftar MBSB journey atau MJourney melalui 2 pilihan. Pertama Anda boleh mendaftar menggunakan debit card dan yang kedua menggunakan Financing Account.
Cara Daftar MBSB Online Guna Debit Card
Daftar dengan No Kad Debit 16 digit dan 6 digit PIN Anda. Ambil perhatian bahawa Anda mesti mempunyai nombor telefon yang telah berdaftar di sistem MBSB agar dapat menerima TAC.
Berikut adalah cara daftar MBSB online menggunakan Debit Card MBSB.
- Layari laman rasmi MBSB https://www.mbsbjourney.com/rib/
- Tekan butang New User? Register Now.

- Ada dua pilihan untuk daftar iaitu Debit Card/Financing Account. Sila pilih Debit Card.

- Selepas itu klik Register Now.
- Masukkan No Debit card Anda. 16 digit nombor debit card boleh Anda dapatkan pada bagian depan kad ATM debit.

- Masukkan perkataan Captcha seperti yang ditunjukkan pada halaman.
- Pilih Gambar Keselamatan dan Frasa Keselamatan. Klik Next.
- Sahkan butiran Anda dan klik Submit.
- Tetapkan 3 Soalan dan 3 Jawapan.
- Request TAC dan masukkan TAC yang Anda terima di SMS.
- Terima pengesahan SMS.
- Selesai.
Cara Daftar MBSB Online Financing Account
Daftar dengan No Akaun Pembiayaan Anda kebiasannya nombor akaun pemmbiayaan atau pinjaman adalah 17 digit dan ID yang Anda gunakan untuk membuka akaun.
- Sekiranya Anda ingin daftar MSBB online banking menggunakan Financing Account klik Register Now.
- Masukkan Financing Account No Anda. Financing account no, adalah nombor akaun pinjaman Anda.
- ID Type pilih New IC.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan Anda.
- Masukkan Captcha yang dipaparkan.
- Tekan Next.

- Kemudian masukkan maklumat peribadi Anda seperti nama, alamat, email pada bahagian Personal Details.
- Pilih Gambar Keselamatan dan Frasa Keselamatan. Klik Next.
- Sahkan butiran Anda dan klik Submit.
- Tetapkan 3 Soalan dan 3 Jawapan.
- Request TAC dan masukkan TAC yang Anda terima di SMS.
- Terima pengesahan SMS.
- Selesai.
Cara Login MBSB Online Banking
Selepas Anda berjaya mendaftar MBSB online, sekarang Anda dah boleh log masuk akaun Anda. Berikut adalah cara login kali pertama:
- Layari laman web internet banking MBSB https://www.mbsbjourney.com/rib/
- Masukkan Username Anda, klik butang Login.
- Gambar Keselamatan akan terpapar. Sekiranya gambar keselamatan tersebut betul milik Anda. Klik Yes.
- Masukkan Password Anda. Klik Login.
- Tahniah, Anda telah berjaya login akaun MBSB online banking Anda.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai cara daftar MBSB online Banking atau sebarang persoalan, Anda boleh:
- Hubungi Perkhidmatan Pelanggan: 03 – 2096 3000
- Layari web rasmi MBSB: www.mbsbbank.com
- Email: enquiry@mbsbbank.com
Soalan Lazim
Berikut adalah senarai soalan lazim mengenai MBSB online banking.
1. Apakah Gambar Keselamatan dan Frasa Keselamatan?
Gambar Keselamatan (Security Image) dan Frasa Keselamatan (Security Phrase) ialah lapisan keselamatan tambahan untuk untuk log masuk halaman M Journey Anda.
Anda akan diminta untuk menyediakan Gambar dan Frasa Keselamatan Anda semasa pendaftaran kali pertama Anda. Frasa dan Gambar Keselamatan Anda akan muncul pada Perbankan Internet Anda apabila Anda akan log masuk.
Sentiasa pastikan Gambar dan Frasa Keselamatan adalah sama seperti yang Anda sediakan sebelum Anda memasukkan kata laluan Anda.
2. Apakah yang perlu saya lakukan jika Frasa Keselamatan atau Gambar Keselamatan bukan milik saya?
Jika Anda mendapati Gambar Keselamatan dan Frasa Keselamatan Anda tidak sepadan, sila pastikan Anda telah memasukkan Nama Pengguna (Username) yang betul. Sebagai alternatif, sila muat semula (refresh) penyemak imbas Anda dan log masuk semula.
Jika masih tidak sepadan, sila menghubungi Pusat Khidmat BANK MBSB di +603 2096 3000 untuk dapatkan bantuan.
3. Apakah Transaction Authorisation Code (TAC)?
TAC ialah nombor 6 Digit yang dihantar ke nombor telefon berdaftar Anda melalui SMS untuk tujuan pengesahan apabila Anda melakukan sebarang transaksi dalam talian.
Anda dikehendaki memasukkan TAC ini sebelum sistem membenarkan Anda meneruskan transaksi.
