Bagaimana cara nak check baki pinjaman PTPTN? Semakan baki PTPTN kini lebih mudah, sebab Anda boleh semak baki pinjaman melalui online dan SMS.
Dengan adanya sistem semakan secara online, Anda dapat mengetahui baki pinjaman secara cepat, jadi tak perlu kena pergi ke kaunter.
Setelah mengetahui maklumat baki pinjaman, disyorkan bagi setiap peminjam mestilah membuat bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga peminjam boleh bebas dari hutang.
Berikut kami kongsikan cara check baki pinjaman melalui online dan SMS:
Semakan PTPTN Secara Online
Anda boleh gunakan handphone atau laptop untuk membuat semakan secara online, kemudian ikuti langkah di bawah ini:
- Lawati pautan web rasmi PTPTN https://www.ptptn.gov.my
- Klik Bayaran Balik.
- Seterusnya, klik Penyata Pinjaman Online.
- Kemudian, masukkan No Kad Pengenalan pada ruangan yang tersedia.
- Masukkan Kata Laluan Anda.
- Jika sudah login kedalam akaun, klik menu Penyata Baki atau Penyata Baki Terperinci.
- Perbezaan keduanya adalah Penyata Baki hanya akan memaparkan transaksi terkini secara ringkas, Penyata Baki Terperinci akan paparkan semua informasi mengenai akaun pinjaman secara lebih terperinci.
- Anda boleh klik Cetak sekiaranya Anda perlu cetak.
Lupa Kata Laluan PTPTN
Jika Anda lupa kata laluan untuk log masuk portal PTPTN, sila gunakan cara di bawah untuk dapatkan semula kata laluan Anda.
- Lawati pautan web rasmi PTPTN https://www.ptptn.gov.my
- Klik Bayaran Balik.
- Klik Penyata Pinjaman Online.
- Masukkan No Kad Pengenalan pada ruang yang tersedia.
- Klik Lupa Kata Laluan.
- Setelah mengisi maklumat yang diperlukan, kata laluan baru akan dihantar melalui email Anda.
- Untuk pengguna pertama kali, Anda mesti menghubungi PTPTN untuk mendapatkan kata laluan.
Semak Baki Pinjaman PTPTN Guna SMS
Selain cara di atas, Anda boleh gunakan cara check baki pinjaman PTPTN melalui SMS. Sila ikuti langkah di bawah:
- Buka aplikasi message Anda.
- Taip PTPTN<jarak>BAKI<jarak>No Kad Pengenalan<jarak>No Pin
- Hantarkan ke 15888
Anda boleh menghubungi Customer Service PTPTN di 03-20803355 untuk dapatkan nombor pin atau nombor pinjaman.
Jika Anda menggunakan check baki melalui sms, Anda akan dikenakan caj sebanyak RM0.15 hingga RM0.20 untuk setiap sms yang diterima.
Sekiranya ada sebarang pertanyaan/masalah Anda boleh menghubungi PTPTN melalui Facebook/Twitter PTPTN atau hubungi PTPTN di 03-2193 3000. Anda pun boleh membuat aduan di e-Aduan iCare di laman PTPTN.