Sekarang ini pelanggan Kuwait Finance House (KFH) tak perlu kena pergi ke kaunter atau cawangan hanya untuk sekadar transfer duit.
Pelanggan boleh menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh KFH untuk transfer duit guna mesin ATM dan internet banking. Kedua perkhidmatan tersebut boleh jimatkan masa dan Anda boleh transfer duit pada bila-bila masa dan dimana sahaja.
Hanya perlu beberapa langkah sahaja untuk dapat transfer secara cepat dan pantas. Di bawah kami kongsikan langkah-langkah cara transfer duit KFH ke bank lain guna mesin ATM dan online banking.
Cara Transfer Duit KFH ke Bank Lain Melalui Online
Sila ikuti langkah-langkah transfer wang KFH ke bank lain secara online:
- Lawati pautan rasmi KFH https://www.kfh.com.my
- Masukkan Username akaun Anda.
- Sahkan Security Image, masukkan Password Anda.
- Klik Login.
- Pada bahagian kiri selepas login, klik Transfers.
- Seterusnya, klik Transfer to Other Banks.
- Pada From Account, isikan butiran maklumat Anda.
- Isikan maklumat To Beneficiary dan Curenncy.
- Masukkan Jumlah yang akan dihantar.
- Pada Your Contact No, masukkan nombor handphone Anda.
- Masukkan Password akaun Anda.
- Klik Transfer.
- Maklumat transaksi akan dipaparkan. Periksa terlebih dahulu, klik Confirm.
- Tahniah, transfer Anda berjaya.
Cara Transfer Duit KFH ke Bank Lain di ATM
Sila ikuti langkah-langkah transfer melalui Mesin ATM:
- Sila pergi ke mesin ATM yang terdekat.
- Masukkan Kad Anda ke slot Kad yang tersedia.
- Sila pilih Bahasa Malaysia.
- Masukkan PIN Kad Anda.
- Klik Betul.
- Seterusnya, klik Pindahan Wang.
- Klik Akaun Bank Lain (MEPS), klik YA.
- Sila pilih Jenis Akaun bank penerima.
- Anda akan dikenakan Caj, sila baca mengenai Caj.
- Klik Teruskan jika setuju.
- Terdapat senarai bank, sila masukkan kod bank mengikut jenis bank yang akan Anda hantar.
- Masukkan Nombor Akaun Penerima yang betul.
- Kemudian, Tekan Jika Betul.
- Masukkan Jumlah yang akan dihantar.
- Klik Betul.
- Sahkan dengan klik Ya.
- Jika Anda sudah selesai transfer dan ingin melanjutkan klik Ya, jika tidak ingin melanjutkan klik Tidak.
- Sila ambil Kad Anda dan Resit sebagai bukti pembayaran.
Itu sahaja perkongsian kali ini, semoga maklumat diatas dapat membantu Anda.