Cara Tukar Transfer Limit Agrobank
Cara Tukar Transfer Limit Agrobank

Cara Tukar Transfer Limit Agrobank Secara Online

Posted on

Bagi sesetengah orang, had pemindahan wang mungkin dah mencukupi, tetapi ada juga yang memerlukan had pemindahan wang yang lebih tinggi bagi urusan peribadi atau perniagaan.

Transfer limit atau had pemindahan wang adalah jumlah wang maksimum yang boleh dipindahkan dalam satu transaksi.

Di Agrobank, transfer limit ini adalah had yang ditetapkan untuk memastikan bahawa transaksi perbankan yang dilakukan adalah selamat dan di dalam had yang ditetapkan oleh pihak bank.

Cara Tukar Transfer Limit Agrobank

Hari ini kami nak kongsikan tentang bagaimana nak tukar had pemindahan wang di Agrobank. Kalau Anda nak transfer duit lebih daripada had yang ditetapkan, jangan risau sebab proses tukar had tu senang je.

Ikuti langkah-langkah di bawah ni untuk tukar had pemindahan wang di Agrobank.

  1. Lawati pautan rasmi Agrobank https://www.agronet.com.my
  2. Masukkan Username akaun Anda. Username AgroNet
  3. Klik Login.
  4. Sahkan Security Image Anda. Security Image
  5. Masukkan Password akaun Anda.
  6. Klik Submit.
  7. Selepas Anda login, klik Fund Transfer.
  8. Pilih Others. Transfer Limit Agrobank
  9. Klik Transfer Limit.
  10. Sila Ubah Limit yang Anda inginkan. Ubah Limit Transfer
  11. Klik Next.
  12. Klik Request TAC. Request TAC Limit
  13. Masukkan Kod TAC ke nombor yang disediakan.
  14. Klik Confirm.
  15. Selesai.

Manfaat Tukar Transfer Limit Agrobank

Setelah Anda berjaya tukar had pemindahan wang di Agrobank, ada beberapa manfaat yang Anda boleh nikmati. Berikut adalah antara manfaat tersebut:

  1. Dengan limit trasnfer yang lebih tinggi, Anda boleh memindahkan wang ke akaun yang lain dengan lebih mudah dan cepat tanpa perlu risau tentang had yang terlampaui.
  2. Jika Anda seorang usahawan atau pekerja perniagaan, kelebihan tukar had pemindahan wang adalah memudahkan Anda untuk memindahkan wang dalam jumlah yang lebih besar untuk melakukan transaksi perniagaan.
  3. Had pemindahan wang yang lebih tinggi membolehkan Anda melakukan pembayaran yang lebih besar dan melaksanakan transaksi pembayaran dengan lebih mudah dan pantas.

Sekiranya Anda menghadapi masalah atau memerlukan penjelasan lanjut tentang limit Agrobank dan sebagainya, sila hubungi:

Perkhidmatan Pelanggan (Customer Service) Agrobank di 1-300-88-2476 atau Anda boleh hantar emel ke customer@agrobank.com.my

Soalan Lazim

Berikut beberapa soalan lazim mengenai Agrobank:

1. Apa itu DuitNow Agrobank?

DuitNow adalah perkhidmatan pemindahan dana dalam talian masa nyata baru di mana anda boleh memindahkan dana ke. penerima dengan menggunakan Proxies atau Identifier (ID) yang dipanggil DuitNow ID dan bukannya akaun mereka. nombor. Dengan DuitNow, anda akan menikmati perkhidmatan 24/7 yang mudah digunakan sambil mengekalkan. keselamatan tahap tinggi.

2. Adakah Agrobank mempunyai pemindahan segera?

Pemindahan wang segera / kad kredit dan pembayaran pembiayaan kepada penerima – pemindahan wang segera ke akaun penerima. Kaedah yang mudah dan senang untuk memindahkan dana dan membuat pembayaran Tidak perlu beratur di bank. Kaedah pemindahan dana yang selamat & dipercayai Selamat kerana penggunaan wang tunai dapat dihapuskan.

3. Bagaimana saya mengaktifkan akaun Agrobank saya?

Pertama, lawati mana-mana cawangan Agrobank yang berdekatan dengan anda. Buka akaun dan dapatkan kad ATM sendiri. Setelah selesai, cukup log masuk ke www.agronet.com.my dan klik Daftar Akaun. Ikuti arahannya, hubungi 1 300 88 2476 (Tekan 3) untuk pengaktifan, dan anda boleh pergi.

4. Apa itu pindahan antara bank?

Interbank GIRO (IBG) adalah sistem pembayaran pemindahan dana elektronik yang membolehkan pemindahan dana antara institusi kewangan tanpa mengumpulkan dokumen sokongan fizikal seperti cek. Perkhidmatan ini mengurangkan masa pengkreditan antara akaun terutamanya urus niaga di luar bandar.

Jika ada sebarang pertanyaan mengenai cara tukar transfer limit Agrobank Anda boleh hubungi Customer Service Agrobank di 1 300-88-2476(Local) atau +603-2079-0600(Intl)