Sekarang ni, zaman dah canggih kan? Nak buat urusan bank pun tak payah nak beratur panjang-panjang lagi.
Dalam artikel ni kami akan kongsi cara daftar Bank Islam online. Memang tak perlu pening-pening kepala nak fahamkan prosesnya.
Jadi, kalau Anda baru nak buat akaun Bank Islam online atau dah lama plan tapi tak tahu macam mana, jangan risau.
Kami akan pandu Anda langkah demi langkah, jom ikuti step berikut.
Apa Itu Bank Islam Online Banking
Bank Islam Online Banking adalah platform perbankan dalam talian yang disediakan oleh Bank Islam Malaysia.
Perbankan internet Bank Islam membolehkan pelanggan mengakses akaun pelanggan dan melakukan pelbagai urusan perbankan melalui internet.
Ini termasuklah semakan baki akaun, pemindahan wang antara akaun, pembayaran bil, pengurusan pinjaman, pelaburan, dan banyak lagi.
Bank Islam online banking memudahkan pelanggan untuk menguruskan kewangan tanpa perlu pergi ke cawangan fizikal bank, menjimatkan masa dan keselesaan pelanggan.
Internet banking Bank Islam beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu (24/7).
Maknanya Anda boleh mengakses akaun bank anda pada bila-bila masa yang sesuai untuk anda, termasuk pada waktu malam, hujung minggu, dan cuti umum.
Syarat Daftar Bank Islam Online
Berikut syarat yang perlu dipenuhi untuk mendaftar:
- Jenis akaun adalah pemilik tunggal atau perseorangan/individu.
- Mempunyai kad debit/kredit atau kad ATM Bank Islam.
- Mempunyai no PIN untuk Kad ATM/kad debit Bank Islam.
- Mempunyai akaun Semasa/Simpanan.
- Berumur 18 tahun ke atas.
- Mempunyai email aktif.
- Nombor telefon berdaftar untuk menerima IAC.
Selepas Anda mempunyai semua syarat diatas, sila ikuti panduan cara daftar bank islam online dibawah:
Cara Daftar Bank Islam Online First Time Login
Bagi mendaftar perkhidmatan IB Bank Islam online, kami syorkan Anda untuk menggunakan laptop/komputer untuk memudahkan proses daftar dan pastikan Anda mempunyai sambungan internet yang baik.
- Lawati pautan web Bank Islam https://www.bankislam.biz
- Klik FIRST TIME USER.
- Seterusnya pada Terms & Conditions. Baca terma dan syarat tersebut. Kemudian, klik Anda bersetuju dengan terma dan syarat.

- Please select your card type, Klik Continue.

- ATM Card/Debit Card No: masukkan no kad 16 digit yang terdapat pada kad ATM/debit Anda.

- ATM PIN: masukkan no PIN kad ATM/debit Anda.
- Klik Continue untuk meneruskan urusan daftar Bank Islam.
- Seterusnya, terdapat ruangan untuk mengisi maklumat.

- Customer Name, masukkan nama penuh Anda.
- IC/ID: masukkan no kad pengenalan Anda.
- User ID: masukkan sebarang username yang Anda ingin gunakan untuk akaun Anda.
- Password, masukkan kata laluan yang Anda ingin gunakan. Contoh password: Saya@4321
- Confirm Password: masukkan sekali lagi kata laluan untuk mengesahkan.
- E-mail: masukan alamat email yang selalu Anda gunakan.
- Mobile Number: masukkan no handphone Anda yang aktif.
- Private Word: masukkan kata rahsia yang Anda ingin gunakan sebagai langkah keselamatan akaun Anda.
- Select One Private Image: pilih gambar yang Anda ingin gunakan untuk keselamatan akaun Anda.
- Secret Question dan Secret Answer: sila pilih 3 soalan secara rawak dan Anda tetapkan jawapan untuk setiap soalan tersebut.
- Klik Submit.
- Pada laman ini, Anda akan dipaparkan semula semua maklumat yang telah Anda isikan. Langkah selanjutnya sila sahkan klik Confirm.
- Check handphone Anda, Anda akan menerima SMS yang menyatakan bahawa pendaftaran no handphone untuk IAC berjaya.
- Tahniah pendaftaran Anda berjaya dan Anda dapat log masuk ke akaun baru Bank Islam Anda.
Tak Berjaya Daftar Internet Banking Bank Islam
Jika Anda mengalami masalah atau tidak berjaya daftar Internet Banking Bank Islam, berikut adalah beberapa langkah yang boleh Anda ambil:
- Pastikan semua maklumat yang Anda berikan semasa pendaftaran adalah betul dan tepat. Kesilapan dalam maklumat boleh menyebabkan pendaftaran tidak berjaya.
- Jika Anda tidak dapat mendaftar dalam talian, hubungi Pusat Hubungan Pelanggan Bank Islam. Mereka boleh memberi panduan lanjut dan membantu dengan masalah pendaftaran.
- Kadang-kadang, ada situasi di mana Anda perlu mengunjungi cawangan Bank Islam untuk menyelesaikan masalah pendaftaran. Bank Islam mungkin memerlukan Anda untuk hadir secara fizikal untuk mengesahkan identiti atau maklumat lain.
- Pastikan Anda mengikuti panduan yang diberikan semasa proses pendaftaran.
- Jika permohonan pertama tidak berjaya, cuba semula selepas beberapa waktu. Mungkin terdapat masalah teknikal atau halangan yang sementara yang boleh diatasi.
1. You have already registered. Kindly proceed to login.
Maksudnya ialah sistem telah mengesan bahawa Anda sudah mendaftar untuk perbankan dalam talian Bank Islam sebelum ini. Jika Anda masih ingat USER ID dan Kata Laluan Anda, sila terus klik butang Log Masuk.
Jika Anda lupa kata laluan, sila klik Lupa Kata Laluan untuk mengemaskini kata laluan Anda. Tetapi, Anda perlu ada USER ID yang sah, nombor Kad ATM/Debit Bank Islam, dan PIN ATM yang sah untuk menetapkan semula kata laluan.
Jika Anda lupa USER ID Anda, boleh hubungi Pusat Hubungan Pelanggan Bank Islam di talian 03 2690 0900 untuk bantuan lanjut.
2. Invalid user information.
Maksudnya ialah jika Anda memerlukan bantuan atau sokongan lanjut dalam urusan perbankan atau berkaitan dengan akaun Bank Islam, Anda boleh menghubungi Pusat Hubungan Pelanggan Bank Islam di nombor telefon 03 2690 0900 atau melalui e-mel di alamat contactcenter@bankislam.com.my.
Mereka akan sedia membantu Anda dengan sebarang pertanyaan atau masalah yang berkaitan dengan perkhidmatan Bank Islam.
Jadi, jika Anda memerlukan bantuan tambahan atau maklumat lanjut, bolehlah menghubungi mereka melalui nombor telefon atau e-mel yang disediakan.
3. Please update your mobile number at the nearest Bank Islam branch to perform financial transactions.
Maksudnya ialah Anda perlu mengemaskini nombor telefon mudah alih Anda di cawangan Bank Islam terdekat untuk menerima Kod Akses i-Access (IAC).
Kod Akses i-Access (IAC) digunakan untuk pengesahan keselamatan semasa menggunakan perkhidmatan perbankan dalam talian atau app mobile banking Bank Islam.
Dengan memastikan nombor telefon Anda yang terkini, sistem Bank Islam boleh menghantar kod pengesahan ke nombor telefon itu untuk memastikan bahawa hanya pemilik akaun yang sah yang boleh mengakses perkhidmatan dalam talian tersebut.
Tak Boleh Bank Islam Online
Jika Anda mengalami masalah atau tidak dapat mengakses Bank Islam online banking, berikut adalah beberapa langkah yang boleh Anda ambil untuk menyelesaikan masalah tersebut:
- Semak Sambungan Internet: Pastikan bahawa sambungan internet Anda berfungsi dengan baik. Cuba muat semula laman web Bank Islam / app GO by Bank Islam dan pastikan Anda mempunyai sambungan yang stabil.
- Semak Status Server Bank: Bank mungkin mengumumkan sebarang gangguan perkhidmatan atau kerja penyelenggaraan (maintenance) di laman web rasmi mereka. Semak status server atau pemberitahuan di laman web bank untuk mengetahui jika ada masalah yang sedang dihadapi.
- Semak Maklumat Log Masuk: Pastikan maklumat log masuk seperti USER ID dan kata laluan yang Anda masukkan adalah betul. Kesilapan dalam maklumat log masuk boleh menyebabkan Anda gagal log masuk.
- Cuba di Peranti Berlainan: Jika Anda mengakses Bank Islam online melalui laptop, cuba akses melalui peranti yang berbeza untuk mengesahkan sama ada masalah itu berkaitan dengan peranti Anda atau tidak.
- Kemaskini Aplikasi: Jika Anda menggunakan aplikasi GO by Bank Islam, pastikan aplikasi itu sentiasa dikemaskini ke versi terkini. Pembaruan aplikasi boleh memperbaiki masalah teknikal.
Jika masalah tersebut masih berterusan dan Anda tidak dapat mengakses internet banking Bank Islam, sebaiknya hubungi Pusat Hubungan Pelanggan Bank Islam untuk mendapatkan bantuan lanjut dan nasihat teknikal.
Mereka akan dapat membantu menilai dan menyelesaikan masalah yang Anda alami.
Bank Islam Online Login
Bank Islam online login merujuk kepada proses di mana Anda log masuk ke akaun perbankan dalam talian Bank Islam.

Cara login ini biasanya melibatkan penggunaan maklumat peribadi yang telah di buat semasa pendaftaran, seperti USER ID dan kata laluan.
Sekali Anda berjaya login, Anda boleh akses maklumat akaun Anda, semak baki akaun, buat pemindahan wang, bayar bil, dan melakukan pelbagai urusan perbankan lain secara dalam talian.
Proses login ini sangat penting untuk keselamatan akaun Anda. Pastikan maklumat log masuk Anda dirahsiakan dan tidak dikongsi dengan orang lain.
Selain itu, selalu login melalui laman web rasmi Bank Islam atau aplikasi rasmi untuk mengelakkan risiko keselamatan.
Cara Login Internet Banking Bank Islam
Berikut adalah langkah-langkah untuk login internet banking Bank Islam:
- Pertama sekaali, buka pelayar internet Anda dan pergi ke laman web Bank Islam Malaysia di https://www.bankislam.biz.
- Di laman web utama Bank Islam, cari butang Internet Banking Login.
- Masukkan USER ID Anda yang telah didaftarkan semasa pendaftaran Internet Banking. Klik Login.
- Sahkan Private Word, klik Yes.
- Seterusnya, masukkan kata laluan untuk akaun Internet Banking Anda.
- Klik butang Login untuk mengakses akaun Internet Banking Anda.
Cara Login Internet Banking Bank Islam
Berikut adalah langkah-langkah untuk login app banking Bank Islam:
- Langkah pertama, pastikan Anda telah memuat turun dan memasang aplikasi GO by Bank Islam dari kedai aplikasi (Google Play Store untuk Android atau App Store untuk iOS).
- Selepas memasang aplikasi, buka aplikasi GO by Bank Islam dengan mengklik ikon aplikasi tersebut di skrin telefon Anda.
- Pada halaman log masuk, masukkan USER ID Anda yang telah didaftarkan semasa pendaftaran Internet Banking.
- Seterusnya, masukkan Kata Laluan Anda.
- Selepas Anda memasukkan USER ID dan kata laluan dengan betul, klik butang Login .
- Tahniah, Anda berjaya log masuk.
Apa Itu GO by Bank Islam
App GO by Bank Islam adalah aplikasi mudah alih yang dikeluarkan oleh Bank Islam Malaysia.

Aplikasi ini direka khas untuk memudahkan pelanggan Bank Islam mengakses perkhidmatan perbankan melalui telefon pintar atau peranti mudah alih yang lain.
Dengan menggunakan App GO, pelanggan boleh mengakses akaun pada bila-bila masa hanya dengan hujung jari sahaja.
Aplikasi ini juga sering dikemaskini untuk menyediakan kemudahan dan ciri-ciri yang lebih baik kepada pengguna, termasuklah keselamatan yang lebih baik dan pengalaman pengguna yang lebih baik secara keseluruhannya.
Jika Anda mempunyai sebarang pertanyaan, Anda dapat hubungi Bank Islam melalui:
- General Line : +603 2088 8000
- Contact Centre : +603 26 900 900
- Email : contactcenter@bankislam.com.my
- Facebook : https://www.facebook.com/BankIslamFB
Mudah sahaja jika Anda mengikuti langkah-langkah di atas dengan teliti. Diharapakan maklumat yang kami kongsikan boleh membantu Anda dalam urusan perbankan.





