Alliance Online merupakan perkhidmatan perbankan yang dapat memberi akses yang selamat. Dengan menggunakan Alliance Online Anda boleh membuat transaksi perbankan dimana sahaja dan pada bila-bila masa selama 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
Kini Alliance Online hadir dengan kemampuan web responsif baru bagi tontonan yang optimum dimana maklumat akan dipaparkan secara automatik. Alliance memberi kemudahan bagi para pelanggan agar semuanya semakin mudah.
Perkhidmatan Alliance Online
Berikut adalah senarai perkhidmatan yang ditawarkan oleh Alliance Online.
1. Balance Enquiry
Semak akaun Alliance Bank Anda dan fahami kedudukan kewangan Anda dengan selesa, Alliance mempunyai kemampuan untuk check baki akaun dan check pinjaman Anda dengan sekali pandang. Anda boleh melihat baki akaun terperinci dan sejarah transaksi Anda melalui:
My Deposit
- Savings and Current Account
- Foreign Currency Current Account
- Fixed Deposit
- Foreign Currency Fixed Deposit
- General Investment Account-i / Investment Account-i
My Cards
- Credit Card
- Prepaid Card
My Borrowings
- Loan/Financing
- Overdraft / Cashline Facility
- Share Trading / Margin & Investment Lending
2. Payment
Bayar dengan selamat kepada keluarga atau rakan Anda, meminjam akaun atau bil hanya dengan mengakses pautan Perkhidmatan Pembayaran (Payment Services) melalui allianceonline. Selain itu, Anda juga dapat menjadwalkan pembayaran berulang atau pembayaran bertarikh masa depan untuk menikmati pembayaran automatik pada tarikh yang dijadualkan tanpa caj tambahan.
Had transaksi harian untuk semua urus niaga pihak ketiga melalui allianceonline dapat ditingkatkan hingga RM50,000.00.
- Consolidated Statement
- Current Account Statement/Current Account-i Statement
- Foreign Currency Current Account Statement
- Credit Card Statement
3. e-Statement
Akses e-Penyata 12 bulan terakhir Anda dalam talian pada bila-bila masa, di mana sahaja secara percuma.
- Selamat
Anda dapat melihat penyata bank Anda dengan log masuk ke allianceonline dengan selamat. - Mesra pengguna
Anda juga dapat melihat, menyimpan, memuat turun dan print e-Penyata Anda untuk rujukan di masa hadapan. - Pelbagai Akaun
Anda boleh melihat e-Penyata untuk akaun Semasa, Pinjaman / Pembiayaan atau Penyata Gabungan Anda, dan juga akaun Kad Kredit Anda.
3. Alerts
Dapatkan pemberitahuan setiap kali transaksi yang dipilih dicetuskan dalam talian. Ciri ini bukan sahaja membantu melacak transaksi Anda tetapi juga memberi amaran kepada Anda mengenai sebarang transaksi yang tidak dijangka yang dibuat dalam talian. Anda boleh memilih mod penghantaran amaran sama ada e-mel atau SMS, dan untuk jenis transaksi yang dipilih sama ada:
- Pay Others in Alliance Bank
- Pay Others in Other Bank
- Pay Cards
- Pay Loan/Financing
- Pay Bills
- Update of Personal Details
- Rejection of Interbank GIRO (IBG) payment by receiving bank
4. Online Investment Services
Kemudahan menguruskan pelaburan anda dalam talian.
- Stock Trading
Langgan perkhidmatan allianceonline Stockbanking dan mulakan perdagangan dengan kadar broker yang lebih rendah dalam satu tanda masuk ke allianceonline. - Pembukaan My eSaving Account
Buka akaun eSaving dan nikmati kadar faedah yang lebih tinggi sehingga 10% setahun. - Fixed Deposit / Investment Account-i
Penarikan dan pertukaran hanya dalam beberapa langkah mudah dengan kesan masa nyata. - Kadar pertukaran mata wang asing
Lihat kadar pertukaran mata wang asing terkini dalam talian.
5. Prepaid Reloads
Nikmati kemudahan tambah nilai prabayar/prepaid bila masa dan di mana sahaja.
Cara Daftar Alliance Bank Online
Sebelum Anda membuat pendaftaran Alliance Online pastikan nombor handphone Anda telah didaftarkan di ATM Alliance Bank. Pendaftaran nombor handphone / telefon bimbit diperlukan bagi proses penerimaan kod OTP/T-PIN/TAC.
Sekiranya Anda belum mendaftar no telefon bimbit Anda di Affin Bank, berikut cara daftar no handphone di mesin ATM:
- Sila pergi ke mana-mana ATM Alliance Bank terdekat.
- Masukkan Kad ATM, pilih bahasa English.

- Seterusnya, masukkan nombor PIN Anda.
- Pilih Other Services.

- Kemudian, pilih More Services.

- Pilih Internet Banking Activation or Upgrade.

- Masukkan dan daftarkan nombor handphone Anda. Tekan Press If Correct.

- Anda telah mendaftar nombor handphone Anda.
Cara Daftar Alliance Online First Time Registration
Setelah Anda mendaftarkan nombor handphone di mesin ATM, sila ikuti langkah cara aktifkan Alliance Bank internet banking melalui Alliance Online:
- Lawati pautan rasmi Alliance Bank https://www.alliancebank.com.my
- Klik Login pada bahagian kanan atas.

- Sila pilih Alliance Online.

- Klik First Time Registration.

- Sila pilih ATM/Debit Card.

- Masukkan ATM/Debit Card Number dan ATM PIN Anda.

- Klik Next.
- Masukkan kod T-PIN yang dihantar ke nombor handphone Anda.

- Klik Submit.
- Masukkan Username yang Anda inginkan.

- Masukkan kata laluan yang Anda inginkan pada bahagian New Password.
- Masukkan sekali lagi kata laluan pada bahagian Confirm New Password.
- Masukkan Email Address yang aktif.
- Masukkan Preferred Name.
- Masukkan Secure Phrase (maksimum 20 character)
- Sila pilih Warna Keselamatan.
- Tandakan Accept Terma dan Syarat.
- Kemudian klik Submit.

- Tahniah, Anda berjaya mendaftar Alliance Online.
Anda boleh hubungi Customer Service Alliance Bank sekiranya ada sebarang masalah atau pertanyaan di 1-300-80-3388 atau melalui email di info@alliancefg.com
Sila hubungi Alliance Bank pada hari bekerja iaitu hari Isnin hingga Jumaat.





